Isu Keluarga

Cuma pada aku yang buat aku agak serabut adalah mak aku ni diamana dia memang jarang lah datang rumah aku.

Salam. Sekadar luahan. Aku ni dah berkahwin, ada anak. Tapi hidup aku takdelah sesenang mana. Tapi alhamdulillah semua cukup makan pakai anak bini semua.

Kisahnya aku tinggal di apartment jenis 5 tingkat dan tiada lif. Rumah aku tingkat atas sekali. Itu je yang aku dapat sewa murah dan mampu untuk aku bayar tiap2 bulan. Bini aku suri rumah.

Memang agak penatlah naik turun tangga. Tambah-tambah kalau beli barang dapur banyak, kadang sampai 2-3 kali turun naik bawa barang. Nak angkut sekali tak cukup tangan. Tapi aku tak kisah, sebab aku okey je. Boleh exercise sikit.

Cuma pada aku yang buat aku agak serabut adalah mak aku ni diamana dia memang jarang lah datang rumah aku. Dengan alasan tak larat nak naik tangga. Aku tak kisah, aku pun paham. Dia lebih banyak pergi rumah adik aku. Rumah adik aku ni rumah teres 2 tingkat.

Mak aku ni boleh dikatakan tiap-tiap hari call aku suruh pindah rumah. Dia suruh cari rumah teres atau rumah yang ada lif. Aku dah cakap dengan mak aku, nak pindah rumah ni kosnya tinggi.

Deposit rumah baru, upah orang dan lori untuk angkat barang-barang ni. Aku mana cukup duit. Kalau aku ada duit, tak payah cakap, memang aku nak pindah pun.

Tiap kali dia call, tiap kali tu lah cakap benda yang sama dan aku explain benda yang sama. Kadang aku terpikir, mak aku ni paham ke tak. Sewa rumah sekarang ni pun aku rasa ini yang setakat aku mampu bayar dengan gaji aku yang tak seberapa.

Nak pindah rumah teres, sewa pun dah beribu. Duduk bandar ni tau je lah. Bukan aku tak nak pindah, tapi belum mampu lagi untuk aku tambah komitmen tu. Kang anak bini tak cukup makan pakai.

Entahlah, cakap lebih kang jadi anak derh4k4. Kadang tu tiap kali dia call, aku diam dan ye kan aje lah. Malas nak bising-bising. Tapi sumpah memang aku serabut benda yang sama dia cakap. Macam tak paham-paham.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *