Assalamualaikum KRT, ini fb seseorang saya pinjam untuk luahkan. Saya nak cerita sesuatu perkara. Sebelum nikah dengan suami saya, saya sudah terlanjur dengan orang lain.
Betapa b0d0nya saya dulu, kala dulu pujuk merayu katanya nak cuci tangan lepas makan rupanya itu hanyalah janji manis dia untuk melepaskan n4fsu, setiap kali dia gian dia akan pujuk akan cepat kan nikah tapi tak kunjung tiba dan bila saya bosan janji pelesunya, saya tinggalkan dia.
Salah saya jugak dahulu percayakan janji manis lelaki rasa terbuai dalam belaian manja yang tak halal bagi saya Bila dah terjebak nak tinggal memang sukar. Kepada adik2 jagalah mahkota hanya untuk suami kamu, lelaki yang jamah tubuh kita memang tak cintakan kita,
berapa peratus pasangan kahwin dengan orang yang terlanjur? Sikit sangat, akhirnya orang lain menjadi mangsa iaitu suami/istri kita akan datang. Jadilah orang cerdik, saya pesan sebab dulu saya b0d0. Ini yang pertama. Yang saya nak cerita.
Kisahnya saya jumpa jodoh dengan lelaki baik pada mulanya saya takut nak kahwin disebabkan kisah silam saya. Saya takut dan rasa kasihan pada suami, tiada apa yang dapat saya berikan lagi sebab semuanya sudah hilang.
Memang orang kata kahwin bukan kerana D4RA, tapi kita perempuan kena sedar D4RA itu kebanggaan seorang bergelar suami. Suami pasti bangga jika dia orang pertama dapat mahkota tersebut.
Yang saya mampu hanyalah jadi istri yang baik, solehah, dan saya berjanji pada diri saya yang saya akan berubah se solehah yang mungkin. Saya janji pada diri saya. Saya teruskan cerita, Suami saya seorang yang baik, pekerjaan biasa2, waktu maghrib hingga isyak kuliah sentiasa tak tinggal sekali jemaah di masjid.
Saya rasa bahgia sangat. Orang yang sopan, lemah lembut, tapi malang nya kebahgiaan itu hanya sebentar, ex yang pernah saya terlanjur itu dpt tahu dan dia ugvt saya, dia kata jika saya tak dpt tunaikan n4fsu dia itu, dia akan sebarkan gambar dan video yang kami pernah bersama dulu, ya memang ada dulu.
Saya dah tekad pada diri saya, saya tak nak terjebak dalam hal itu dah, dalam pada masa yang sama saya takut jika suami saya tahu. Saya sayang suami saya sangat2 sesangat sangatnya. Saya buntu saya berdoa pada Allah.
Akhirnya saya pasrah, saya tak kan tunai permintaan dia itu, saya tabah apa yang akan hadapi. Selepas saya tak dapat tunai apa yang dia inginkan, dia sebarkan, hantar pada suami saya. Hancur hati saya, tapi hancur lg hati suami saya bila dpt tahu.
Selepas suami saya tahu, tempoh yang lama dia kurang bercakap dengan saya, jarang makan bersama tapi nafkah zahir dia tunaikan, dia beli barang keperluan asas, letak duit atas peti ais untuk saya.
Kadang beli nasi bungkus tanda isyarat tak perlu masak untuk makan tengah hari dan malam. Saya sedih hanya Allah yang tahu, tapi itu dah salah saya dan sebagai seorang suami dia lagi sedih.
Tapi yang saya tabik hormat dia tak pernah pukul, herdik saya walau dah bongkar rahsia saya sebab bukan pemarah bukan sifat dia. Kami tak tidur sekatil, mungkin dia jijik (maafkan ku suamiku kerna bersangka buruk) tapi hampir setiap malam dia bangun solat malam, saya tak tahu apa dia doa, yang pasti dia menangis selepas dia solat malam.
Saya dengar dalam bilik, sebab rumah kami kecil saja, tapi saya buat2 tidur. Bila dia menangis, apatah lagi hati seorang wanita, pasti juga menangis, bantal saya basah hmpir setiap malam sebab kecewa, patah hati, rasa nak patah balik ke kisah silam untuk buang kisah2 buruk dlm hidup ini.
Dalam tempoh beberapa bulan akhirnya dia bersuara, dia maafkan saya, katanya dia tak kuat, dia juga manusia biasa. Dia hampir nak ceraikan saya, nak herdik, tapi dia tahan.
Sebab itu katanya dia selalu keluar rumah supaya tak keluar kata2 yang boleh lagi burukkan keadaan. Perkahwinan kami bertambah bahagia bila suatu hari ditakdirkan ada sesuatu dalam rahim saya,
Tetiba dia lupakan hal lama saya, dia jadi penyayang secara tiba2, apa saya nak dia tunaikan segera. Gembira itu hanya Allah yang tahu, bukan mudah lelaki nak terima perempuan kotor.
Saya ringkaskan, suatu hari dia kem4l4ngan, dia dah pergi buat selama lamanya tanpa melihat anak sulung yang saya kandungkan iaitu benih yang halal buatnya. Saya rebah semula bila Allah berikan kebahgiaan sekejap. Mungkin Allah nak beri saya ujian seperti mana Allah beri suami saya ujian dapat wanita seperti saya.
coretan buat suamiku.ā Abang, ayang minta maaf dengan kisah lalu ayang, ayang kotor, hina, jijik tapi abang boleh terima. Walau tak boleh terima terus, tapi abang terima ayang perlahan lahan.
Abang memang seorang yang matang, baik, sopan, fikir dahulu sebelum bertindak. Ayang sayang abang sampai bila2, doakan ayang ini bidadari abang di akhirat walau ayang tak layak, ramai bidadari layak lagi buat abang.
Selepas abang dikebumikan, ayang dah janji abang lah suami pertama terakhir ayang, ayang tak kan kahwin lain. Sayang pada abang memang tak pernah luput dan alhamdulillah anak kita dah 7 tahun, kasih syang ni msih mekar untuk abang walau ada yang merisik, minang tapi tak terima.
Tiada hati! Ayang janji akan besarkan anak lelaki sulung abang ini jadi insan seperti abang, anak soleh. Sentiasa ceritakan kebaikan mu pada anak mu abang, sentiasa ajar dia doakan untuk mu abang lepas solat, bacakan quran. Ayang sayang abang dunia akhirat, ini janji ayang, I LOVE Uā. Tq siapa yang baca sampai habis, doakan saya!