Isu Keluarga

Sampailah Kandungan dia 37 w kami checkup kat Kk sume aku pun gelabah terus angkut bini gi hospital dengn motor

Salam min, tolong hide profil aku. Aku cuma nak minta pendapat warga krt. Aku berumur 32 tahun, bini muda 10 tahun dari aku. Kami bernikah pd 8/12/13 masa tu bini aku baru lepas SPM.

Sekarang kami dah dikurniakan seorang anak lelaki berusia 1 thun 9 bulan. Masalah aku min, bini aku dah tak macam dulu. Kalau dulu sebelum ada anak dia betul2 jaga aku. Makan pakai aku memang tiptop! Boleh kata semua dia uruskan masa tu kami menyewa bilik saje dan dia tak bekerja.

Setelah 2 tahun kahwin bini aku mengandung. Aku tak ready lagi tapi aku diamkan aje. Bini aku punya excited gila asyik tersenyum je hari2. Salam min, ni sambungan pasal bini aku mengandung tu. Cerita tergantung sebab tadi aku tak habis taip lagi tapi tertekan sent.

Aku kawen 2013, bini aku disahkan hamil 2016. Aku tak ready masa tu dengan keadaan ekonomi tak stabil ape sume, rumah tak ade, kereta tak ade yang ade cuma yamah ego first model je. <span;>Tapi bini aku kuat min, sikit pun dia tak mengeluh.

Biasa nya kalau mngandung ni ada lah ngidam makan apa2 tapi bini aku tak. Dia makan apa adanya je. Sambal belacan dengan telur pun ok. B0d0nya aku masa tu aku gila mancing.

Hari2 sebelum pergi kerja mancing, balik kerja mancing. Bini aku pun join tapi melepak jela sambil makan kudapan. B0d0h aku masa tu tak boleh tengok bini aku selesa ke tak? Ok ke tak?

Aku fikir hobi aku je. Bukan tu je, aku juga suka layan perempuan, aku suka ganti2 perempuan, aku suka bila dapat merasa bermacam2 jenis perempuan.

Sampai lah dia sarat dia masih ikut aku gi mancing dan main perempuan. Tapi aku kenal perempuan2 sekadar main2 seronok je. Tak ada niat nak bernikah dan menduakan dia. Aku hanya cinta pada dia sorang.

Sampailah Kandungan dia 37 w kami checkup kt Kk sume ok, malam tu bini aku start sakit. Aku pun gelabah terus angkut bini gi hospital dengn motor.

Oh masa ni kami ada motor baru ego tu dah jual. Jarak hospital dengan bilik sewa cuma 10 minit je. Sampai je hospital bini aku boleh senyum lagi. Tiba2 doktor kata kena emergency czer. Aku terpinga2 tak tahu apa. Masa aku bawak pergi checkup KK pun aku tunggu luar je tak pernah ikut bini masuk.

Rupanya bini aku ada darah tinggi, bini aku depression. Allahuu.. Aku cuma berserah kat ALLAH masa tu. Dan lahirlah putera kami sehari sebelum ulang tahun pernikahan kami.

Mula2 aku azankan anak aku, aku menangis semahu2 nya aku abaikan dia dari dalam kandungan lagi. Aku nekad akan berubah. Start anak aku lahir sampai lah hari ni aku yang uruskan anak aku.

Bini? Sejak anak aku lahir dia banyak berubah Dulunya lembut sekarang kasar Pantang ditegur aku pulak dimarah Kadang2 aku nampak dia menangis sorang2, aku tanya kenapa? Dia suruh aku lepaskan dia sebab dia tak ade hati.

Dia bertahan demi anak. Bini aku takde lelaki lain min, sume fb/ig /ws aku dah cek memang clear.. Tu masalah aku min, kadang2 aku rindu bini aku yg ceria macam dulu. Yg boleh ketawa2 terbahak2 macam dulu.

Sekarang tak ade da.. Dia banyak habiskan masa dgn anak dan abah dia. Oh ya sekarang kami dah ada rumah. Bapak mertua aku tinggal sekali mak mertua aku dah men!nggal. Disebabkan keb0d0han aku dulu sekarang aku hilang kasih sayang bini aku. Macam mana nak pujuk isteri aku min? Aku rindu dia yang dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.