Isu Keluarga

Masalahnya suami tak reti bawa kereta kalau nak pergi mana2 saya yang drive lagi satu suami saya tak tahu mengaji langsung kecuali bacaan solat

Salam , saya nak meluahkan sekali gus bertanya lah, zaman sekarang ada tak lagi perempuan yang sanggup terima suami yang tak reti bawa kereta? Saya rasa bawa kereta tu satu kemahiran asas yang semua orang patut boleh buat.

Perempuan mesti la suka dibawa kemana2 , tapi kalau isteri je yang asyik drive kereta kesana kesini? Normal ke mcm tu? Lagi satu, suami saya tak tahu mengaji langsung kecuali bacaan solat itupun sebutan ‘telo’. Membaca tulisan jawi tu memang tak boleh.

Bila saya tegur, sentap kata saya tak bersyukur sebab dia byk tolong hal rumahtangga tak macam lelaki lain. Sebab pada dia, saya asyik nampak kekurangan dia je. Tapi saya nak tengok suami jdi ketua yang membimbing saya tp alasan nya cuma malas bukan tak nak belajar tp malas dan suami tak rasa bersalah pun sebab malas mengaji.

Bangun pagi untuk subuh pun payah sgt. Saya risau dgn gaya hidup dia sekadar solat, puasa. Zikir pun rasa takde. Adakah saya yang tak boleh terima kekurangan suami sebab saya memang nak dia jadi macam suami yang sepatutnya mcm kt luar dan saya teringin ada suami yang membimbing saya dlm hal agama.

Minta pendapat dan doa semua semoga suami saya dikurniakan hidayah dan menjadi Muslim yang terbaik sebab saya sayagkan suami saya dan dia ada potensi untuk berubah cuma mungkin cara pembesaran dan didikan keluarga yang tidak sempurna. Terima kasih semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published.