Isu Keluarga

Kisahnya bermula masa saya tengah sakit husband tak percaya sehinggalah kami terjumpa gambar kami yang dicucok dengan jarum di hadapan rumah

Salam min, tlg hide profil saya..nie saya guna fake acc. Saya nak minta pendapat dan nasihat dari warga group. Tolong janhhn kecam saya sebab saya tgh down sgt2. Macam ni, saya dah berkhwin nak masuk 7 tahun.

Sepanjang perkhwinan suami kerap curang. kali pertama tahun 2018/2019 dengan kerani ofis dia, masa ni bila saya dapat tahu saya marah sangat2 n husband janji takkan buat lagi, saya ingt betul tapi dalam2 diaorang masih berhubung dan dalam wktu ni

Saya jadi cepat marah, saya tak boleh tinggal sorang2 sebab rasa takut. Saya tak boleh tgk husband saya, saya jadi benci. pernah beberapa kali saya muntah d4r4h dan tak sedarkan diri. Saya terpaksa cuti sebab family husband bawak berubat..dan Alhamdulillah saya makin elok..katanya saya dan husband terkena sihir pemisah,

Dipendekkan cerita masa saya tengah sakit husband tak percaya sehinggalah kami terjumpa gambar kami yang dicucok dengan jarum di hadapan rumah. Kuasa Allah, saya selalu berdoa supaya Allah tunjukkan kebenaran, Akhirnya perempuan tu wshp dan minta maaf dengan saya,

dia mengaku dia yg buat semua tu sebab nak pisahkan kami. katanya nak setel dengan saya di dunia taknak jumpa saya dkt pdg masyar nanti. Tapi ape yg telah saya lalui sangat2 sakit. saya rasa macam dah nak m4ti, lepas pompuan tu dh mengaku husband dh tak contact dia n dia pun berhenti kerja balik kg, husband pun dah tukar kerja lain..

Saya ingatkan husband dah berubah tapi tak smpai sthun dlm thn 2020/2021 dia buat perangai lg. Dia ade skandel dengan budak tmpat kerja dia jugak, tapi department lain2. Bila saya tahu saya mmg angin giler n sedih sgt2 sebab rasa sakit yg dulu pun belum hilang dia buat perangai lg.

waktu ni saya mmg gaduh besar saya nak balik kg tapi tak boleh sebab pkp. Saya melawan ckp husband dan buat kali pertama husband pvkvl saya, dia tend4ng n pij4k saya smpai saya tak boleh bangun. waktu ni saya dh nekad nak berpisah,

tapi dia pujuk n minta maaf sebab tak sengaja pukul saya n dia jnji takkan berhubung lg dengan pompuan tu. mgkin sebab saya terlalu sayagkan husband n memikirkan anak yg masih kecil (7bulan) saya memaafkan..

Saya ingatkan dia dah berubah dan dah tak berhubung dengan pompuan tu. tapi awal tahun 2022 saya dpt tahu diorang masih berhubung dan keluar bersama lg. Untuk kali nie saya dah takde air mata untuk menangis, hati rasa dah tawar.

Saya nak berpisah, tapi saya fikir byk perasaan nak kena jaga, saya fikirkan anak. Ya Allah saya tak tahu nak ckp macam mana…tlg bg nasihat n kata2 semangat untuk saya kuat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.