Isu Keluarga

Malam tu saya on call dengan lelaki ni  tak letak call tetiba saya dengar mak dia cakap kalau dia tak berkenan dengan saya

Salam min , mohon hide profile saya .. Saya ade satu benda yg saya nak luahkan disini, 11 thun yg lalu saya ad kenal seorg lelaki ni. Dia adlah custmer mak saya , mak saya pnjual kuih ditepi jalan.

Dia anggota jd kerap laa ronda kg saya. Dan sllu bli jualan mak saya. Satu waktu tu dia usik mk saya nak kenal dengan saya , mk saya sporting jd bg la saya kawan. Masa tu saya umr 18 tengah tunggu result spm.

Jd saya tlong  laa mk saya smntra dpat kputusan. Dia seorg yg sngat2 baik , tutur kata lmbut bila berckap. Hormat kluarga saya. Dlam 3 bulan saya berkawan dengan dia, tiba tiba dia cakap nak masuk meminang saya.

Nak jadikan saya isteri. Saya mcm segan masa tu sebab saya sedar saya dgn dia jauh beza. Kluarga saya biasa biasa sja , ayah saya nelayan. Saya plk ank sulung dan adik adik saya msih kcil.

Dia tetap jgk nak saya, saya bole nampak keikhlasan dia waktu tu. Saya bagitahu kat fmly saya tentang ni. Alhmdulillah family saya restu. Datanglaaa fmly dia Kerumah saya. Rupanya fmily dia org senang jugaklah.

Ayah dia seorg guru, mak dia plk kerja kat mjlis pmbandarn. Masa fmly dia datang dia ckap baik2 jee cakap nak segerakan. Slepas fmly dia balik, saya tnya lelaki ni mcmna penerimaan fmily dia kpd saya dn keluarga. Lelaki ni ckp okay je takde ckap apa2.

Malam tu saya on call dengan lelaki ni  tak letak call tetiba saya dengar mak dia cakap kalau dia tak berkenan dengan saya sebab saya bukan org yang kerja tetap dia cakap mak ayah saya jahat, dia ckap lagi mak ayah saya b0m0kan anak dia nak suruh sukakan saya.

Lepas je saya dengar semua tu mengalir air mata saya. Saya tahu saya orang susah tapi mak ayah saya takkan buat macam tu. Sumpah saya terkilan. Lepas je dengar saya terus letak panggilan tu. Lelaki tu trus call saya, mesej saya mintak maaf atas kata kata mak dia.

Dia ckap wlaupun apa trjadi dia tetap nak saya jadi isteri dia. Hati saya mcm dah tawar, rasa xseronok dh. Rasa giveup. Lelaki ni cakap inshallah kita akan kawin suatu hari nanti , dari umr saya 18 skrg dh 28 thun. Dari umur dia 25 skrang dh 35.

Kitaorg tetap cntact, mmg btul dia lelaki yg betul2 ikhlas trima saya. Banyak benda dia korbankan, dia bantu kluarga saya. Saya selalu doa mintak ptunjuk , kalau betul mk ayah saya sperti yang mk dia ckap jauhkan saya dengan lelaki ni..

Tp semakin saya doa allah dekatkn saya dengan lelaki ni . Ya , dia jodoh saya. pkp hari tu saya selamat sah menjadi isteri dia tanpa kehadiran mak ayah dia. Yang dtang hanya paksaudara dia dn abg sulong dia ..

Nasib baik tak boleh buat kenduri jadi orang sekeliling tak mengata laa rombongan pihak lelaki tak datang. Mak ayah saya tanya mana mak ayah dia , saya cakap mak ayah dia sakit.

Saya dan suami trpaksa tipu macam tu sebab taknak mak ayah saya terasa hati. Saya selamat diijabkalbul. Alhmdulillah syukur dan 5 bulan saya kahwin. Bahagia tu allah saja yang mengetahui mak mertua saya tak tahu anak dia dh kahwin dgn saya.

Suami saya tetap balik rumah dia bila cuti , tetap bagi duit stiap bulan pada mak ayah dia dan saya tak ada msalh pun , saya tak berdendam , saya maafkan.

Cuma saya berharap suatu hari nanti saya dpat berdiri dlam pelukan mak ayah mertua saya .. Dapat jalani kehidupan seperti kluarga mertua yang lain . Inshaallah .

Leave a Reply

Your email address will not be published.