Isu Keluarga

Masalahnya bila dia balik kerja nak ajak pusing2 pun kadang tak sampai hati sebab tahu dia penat

Assalam min.. Mohon hide fb aku..
Aku nak meluah dan nak minta pendapat warga KRT. Kisahnya aku dan suami dua2 bekerja cuma bezanya aku kerja waktu ofis hour dan cuti sabtu ahad.

Husband pulak takde spesifik waktu bekerja dan cuti sebab dia rider delivery.  So far bab kewangan aku takde masalah sangat la min sebab kami belum ada anak. So gaji masing2 memang cukup sangat utk sara hidup kami berdua.

Yg jadi masalahnya, kadang2 aku stress bila suami asyik kerja. Aku faham dia kerja cari nafkah keluarga. Tapi aku ni kadang perlukan perhatian juga. Perlukan belaian jiwa juga.

Setiap hari seawal jam 7 pagi aku dah pergi kerja. Suami masih tidur. Aku balik keje pukul 5 ptg, suami tak balik lagi. Hari2 balik 10/11 malam sebab shift dia habis waktu tu.

Masalahnya bila dia balik kerja nak ajak pusing2 pun kadang tak sampai hati sebab tahu dia penat. So duduklah rumahh. Then kalau takde niat nk pusing2 pun, kadang dia balik, aku dah tidur. Tahu2 bangun subuh, then terus pergi kerja je.

Jumpa balik waktu malam. Itu pn kadang pendek sangat masa sebab hanya jumpa waktu makan. Selebihnya dia lebih suka main telefon tengok video kt fb (buat hilang penat katanya). Kadang rasa macam takde masa langsung nak borak ke, nak spent time ke apa.

Aku ni pulak sejenis pergi kerja balik kerja je. Tak reti nk merayap melilau tanpa suami walaupun suami ok je aku pergi sorang. So kadang2 aku nk jugak shopping cuci mata kt kedai eco ke, diy ke, ninso ke.

Orang kata me time terapi jiwa. Tapi tulah. Nk pergi macam mana dah kalau husband balik dah lewat malam. Semua kedai dah tutup.

Waktu weekend pulak, bila aku cuti, dia tak cuti. Kadang aku nk jugak pergi bercuti ke, jalan2 ber-ootd ke, balik kg jumpa family ke. Tp tulah.

Dia asyik keje je. Kadang aku ni naik tebal muka ayah asyik tanya mana husb tiap kali balik kg sorang. Kadang aku ni naik meroy4n sebab asik merap dekat rumah.

Bab urus rumah tangga takpayah cakap la. Semua benda aku urus sendiri. Bila aku minta dia tolong, alasan dia nantilah. Dia penat. Habistu aku tak penat ke ? Pergi kerja setiap hati, urus rumah tangga setiap hari, aku tak tahu rasa penat ke ?? Hmm. Sumpah aku burnout kadang2.

Bila aku bersuara pd suami pasal hal ni, dia cakap aku tak faham dia. Dia stress sebab aku suh dia cari duit tp aku jugak yg meroyan bila dia habiskan masa dengan cari duit.

As a wife, aku ni tak minta untuk disediakan sejuta ringgit sebulan. Aku tak minta dibelikan hadiah, dibelikan emas ke apa tiap bulan. Cukuplah seimbangkan kerja dan keluarga.

Bila masa keje, keje. Tp ambil la masa utk spent time dengan isteri. Belai jiwa isteri. Aku pernah minta dia kerja sama macam waktu aku bekerja so that kitorang boleh spent more time together.

Boleh kemas rumah sama2 or even buat la apa2 aktiviti macam normal husband and wife. Tp sayangnya aku tak dapat semua tu. Husband aku lebih pilih utk tak bercakap soal tukar masa kerja. Tiap kali cakap, akan jadi bergaduh dan end up aku akan jadi lagi sakit hati.

Kadang2 aku ni berper4ng dengan emosi sendiri min. Rasa sedih, kecewa, penat. Tp tulah. Aku tak tahu nak cakap pasal benda ni utk bagi husband faham.

Aku tak cerita dekat family sbb aku taknak husband fikir aku bukak aib dia pd fmly aku. Dua tahun dah aku pendam. Apa perlu aku buat utk selesaikan masalah ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *