Saya ada 5 org anak. Anak sulung dah kawin dan anak bongsu pun sudah tamat spm. Anak sulung saya Baru lagi lah perkahwinan mereka..
pada mulanya saya memang tak dapat terima perempuan tu sebagai menantu, ya la budak perempuan tu social sangat.. tatu sana sini, kerja di pvb, aurat buka sana sini. Tapi disebabkan anak lelaki saya betul-betul suka kan perempuan tu dan minta saya kahwinkan mereka,
saya turutkan juga permintaan anak lelaki saya tu. Dengan harapan perempuan tu berubah ke arah kebaikkan..
pada mula nya nampak keinsafaan, kesedaraan dan perubahan, dia berhenti kerja di pvb dan menjadi suri rumah sepenuh masa dan mula menutup aurat.
Tapi min ada benda yang dia selalu buat.. membuka aib rumah tangga, sikit2 up status whatsapp yang dia tak di beri perhatian, dia tak menyusahkan sesiapa, ingin mencari kebahagian.
Jadi min saya sebagai orang tua bila membaca benda2 itu, macam terasa pula dia menyesal berkahwin dengan anak saya.. sedangkan itu semua pilihan dan keputusan mereka sendiri untuk berkahwin..
bila saya tegur, mula lah dia buat muka tak suka di tegur, di nasihat.. bila nasihat di anggap saya sibuk urusan rumah tangga mereka.. sedangkan sebagai mertua saya masih berhak menegur dan menasihati apa yang tak betul..
Dan bagi si perempuan itu pula bila dia dah berkahwin dengan anak lelaki saya.. dia anggap anak lelaki saya hanya perlu bertanggungjawab ke atas dia sahaja.. sedangkan dalam islam dan hukum..
Dah tertulis tanggungjawab anak lelaki tidak pernah lepas dari ibu bapa, adik2 walaupun dia dah berkahwin. Ibu bapa dan adik beradik patut diberi nafkah.. itu kenyataannya..Dan dia ni jenis perempuan yang cepat terasa,
Baru2 ni saya adalah up status whatsapp hanya suka2 sekadar2 tak sangka pula status saya tu buat dia terasa dan hal itu menyebabkan saya berbalah dengan anak saya.. tanpa tahu hal sebenar..
perempuan tu terus terasa siap block saya dari whatsapp.. adakah itu 1 kelakuan yang baik, adakah itu kelakuan yang di ajar ole ibu bapanya.. saya pun tidak tahu..
Saya pernah terbaca admin krt pernah up 1 status di fb.. “Mertua layan menantu macam orang luar, dan mertua mahu jadi king dalam rumahtangga anak”
Bukan jadi king.. tapi kita sebagai orang tua akan selalu menasihati, memantau, memerhati rumahtangga anak2 yang kahwin muda ini.. selalunya masalah antara mertua dan menantu ini tercetus berpunca dari menantu yang selalu berlagak queen control, berlagak jadi king..
Saya pernah jadi menantu, mertua saya dan ibu saya selalu menasihati saya supaya jadi yang terbaik.. saya ambil baik semuanya.. Tapi tak semua perempuan dan menantu di dunia ini sama.. mungkin nasib saya dapat menantu yang macam h4ntu kan admin..
Saya doakan menantu2 di luar sana.. janganlah jadi macam menantu saya yang macam h4ntu.. “Sayang rupa cantik,tapi biad4p” Moga dia diberikan hidayah sebab setiap dosa yamg isteri buat, suami yang kan menanggung. jadi sedar2lah sikit.