Assalamualaikum warga KRT. Saya seorang isteri yang sangat buntu, perlukan nasihat dan pandangan dari semua. Saya dah berkahwin selama 5 tahun. Alhamdulillah ada anak seorang selepas tahun 4 kawen. Kenal suami melalui kawan. Kami bercinta selepas nikah.
Pada mulanya perkahwinan, alhamdulillah sama seperti pengantin baru yg lain Adalah malam pertama tapi sekali tu je lah. Kemudian selepas itu boleh dikira kami melakukan hubungan int!m.
Mula2 sebulan sekali, kadang2 sampai berbulan2 xda. Saya mula syak something kenapa dia macamtu, tak seperti kebanyakan lelaki, owh ya lupa bgitau aku dulu pernah kawen, ada anak seorang. Apa kurangnya aku. Aku pakai s€ksi berwangian nak god4 dia mcm takda feeling bagi dia.
Aku minta dekat Allah tunjukkan something supaya aku faham apa yg terjadi. Aku tgk fb dia xda apa2 yang mencurigakan. Dalam 6 bulan mcmtu Allah nk tunjuk, aku saja confronted laki aku.
Tanya dia kenapa dia dingin ngan aku, dan panjang la aku tanya. Last2 mulut aku terkeluar perkataan g4y. Bagai nak terhenti jantung aku bila dia iyakan yg dia dulu memang g4y.
Allahuakbar, rasa kena tamparan je rasanya. Masa tu baru kawen xsampai setahun lagi. Nk cerai tapi sebab agama dan dia dah berubah. Memang nampak dia berubah dan alim solat tak pernah tinggal dan semuanya. Aku pun bukan baik mana walaupun aku pakai tudung labuh ada sijil agama.
Bagi aku mungkin Allah bagi jodoh ngan aku supaya aku boleh bantu dia, dan dia boleh bantu aku. Sama2 mencari redha Allah. Takpe aku redha terima. Aku pejam mata dan cuba hilangkan apa yg aku tahu pasal dia di ingatan ku dan cuba kuat demi Allah.
Nampak la effort dia cuba utk adakan hubungan intim tu seminggu sekali, lepas tu hari demi hari berlalu. Sama juga. Sampai berbulan2 aku xdapat nafkah b4tin. Nafkah zahir pun kadang2 bagi ikut dia mampu. Tapi kalau dia ada duit lebih dan hujung tahun dapat bonus dia beri la beribu2.
Tapi bukan pasal nafkah zahir masalahnya. Sbb aku sendiri pandai cari duit utk diri sendiri . Banyak kali dah aku cuba bawa dia berbincang pasal ni tapi dia jenis yang selalu nak kena remind. Malu tau rasanya meminta apatah lagi minta hubungan int!m. Sampaikan aku selalu menafikan kehendak sendiri dan jiwa meronta je.
Semenjak ada anak ni, aku tidur ngan anak di bilik dia tidur luar sebab alasannya aircond sejuk. Aku ingat lagi last hubungan int!m sebelum dapat tahu aku pregnant, kemudian selepas berpantang sekali tu dia sentuh sampai skrg anak dah 2 tahun langsung takda apa2.
Aku wanita sama seperti kalian ingin dimanja, ingin dibelai oleh suami. Tapi tulah, bukan rezeki aku dalam perkahwinan ni. Aku risau aku mula buat benda h4r4m seperti balas dan layan chat ex aku. Dan mula sayang kat orang lain berbanding suami sendiri.
Apa patut aku buat, salah ke kita cari kebahagian sendiri. Apa fungsi berkahwin jika nafkah b4tin diabaikan. Hmmmmm lemaahhh! Isteri yang lemah.