Isu Keluarga

Untuk pengetahuan aku jaga laki aku macam baby mandikan dia suapkan dia sampaikan aku siap susun atas katil segala keperluan dia

min hide profil aku. Aku nak cerita kisah aku. tajuk die.. anak ku kekasih suamiku. sebelum aku kawin dengan laki aku (ni suami kedua) aku ade anak pompuan sorang dengan bekas suami dahulu, umur anak aku 16 tahun baru dia cari aku dan aku terima dia.

kami terima dia sebagai kakak sulung. Dalam masa dua tahun ni. aku dib0d0kn diorang min. Aku syak ada yang tak kena. aku suarakn kata2 aku pada anak aku. pada suami aku tapi min. semua nafikan dan kau tahu min.

aku dapat tahu diorang dah pun tidur bersama hancurnya hati aku min. Aku ada anak 5 dengan laki aku tapi dia tu istimewa sangat. duit berhabis kat dia. aku nak mintak duit pun.

Banyak soalan kena jawab dulu. aku ok min. sebab aku tahu laki aku gaji tak banyak. tapi laki aku sanggup perhabis duit dia kat anak aku tu. yang kami kat rumah. kau faham la min.

aku tak sangka dia datang sebab nak musnahkn hidup aku. dia datang semata2 sebab duit. laki aku pun dia nak pehal. laki aku kalau ada dia hmmm senyum gelak. bukan main seronok lagi min.

Dengan aku tak ade pulak macam tu. ko mungkin pikir aku abaikan laki aku. kau tahu min. Untuk pengetahuan aku jaga laki aku macam baby mandikan dia suapkan dia sampaikan aku siap susun atas katil segala keperluan dia.

dia pergi keja aku hantar. tunggu depan pintu. stoking dia pun aku yang pakaikn. Tak penah aku tinggikan suara pada dia min. selalu dia yg cari gaduh dengan aku tapi aku diammm je min walau aku tak salah.

Dia cemburu tahap gaban min.. dan ini aku dok pikir mungkin dia sayang aku sangat. aku betul2 sedih min. kenapa dia buat aku macam ni. kurang apa lagi aku. muka aku ni min tak pakai benda alah apa pun min.

sebab aku tau dia duit tak byak tapi boleh bagi kat betina anak durhaka tu. aku keja min tapi keja b0d0 je la. gaji pun seribu je dan duit aku tu buat makan dalam rumah dan bagi laki aku.

Aku tak beli baju min. harap raya je dia bagi duit untuk beli baju anak2. aku selit sehelai untuk aku. aku takut min nak guna duit untuk diri aku sebab aku pikir anak2 aku dan laki aku nak guna.

aku korb4nkn diri aku min last2 ni yang aku dapat. Dulu waktu aku mula2 kawin. dia jadikn aku bola aku sabar min. dia pvkul aku sampai aku merangkak. aku sabar min. b0d0nya aku min..

aku tahan selama 7 tahun jadi pelepas amarah. hatta aku pergi kedai pun aku kena min. cakap dengan jiran pun kena. sebab aku tak nak bercerai. aku anak masaalah hasil penceraian ibu bapa aku min aku tak nak anak2 aku jadi macam aku.

Aku sayang laki aku walau dah tahu aku buat macam biasa ja min b0d0hnya aku min aku takut min anak2 aku rosak pemikiran aku nak anak2 aku hidup dalam satu keluarga.

aku tak nak anak2 rasa apa yang aku rasa dulu aku pertahankn min. 20 tahun dah min aku kawin. ini yang aku dapat aku takot min. anak2 aku pandai min. jangan kerana nanti korang bagi nasihat kat aku suruh aku cerai.

Mak bapak aku pun dah lama tiada. aku tak ada kawan nak mengadu. aku merana dalam diam min. Aku strees sebab tu aku chat kau min. boleh aku lepaskn masalah aku ni. aku takut aku gila je min kesian anak2 aku min.

Aku duduk tengok je muka anak2 aku. aku kesian kat depa min. tapi kalau aku cerai aku lagi kesian kat depa min. aku tak nak min aku sanggup hadap laki aku dari biar anak2 aku derita…

Si anak sulung si jel4k4 tu aku dah wasap dia suruh dia jangan ganggu kami lagi, aku dah tak anggap dia anak aku dan aku h4r4mku susu aku mengalir dalam badan dia.

moga2 selepas ni akan ok semula. aku mohon doa2 geng krt. doakn aku. doakan aku dapat hidup bahagia. Aku beri peluang kedua umtuk suami aku. sebab anak2 yang 5.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *