Isu Keluarga

Kisahnya suami aku tak macam suami orang lain dimana dia langsung taknak bersama dengan aku

Assalamualaikum hai min. Aku nak minta pendapat dan pandangan dari tuan puan semua. Begini ceritanya. Nama aku emi. Aku da kawin  16 tahun. Umur pon da tua daa 39.

Aku tak ada anak kandung tapi aku ada amik sorang anak angkat sekarang umur da 13 tahun. Secara kasa nya nampak umah tangga aku bahagia je tapi b4tinnya aku tesiksa.

Kisahnya suami aku tak macam suami orang lain dimana dia langsung taknak bersama dengan aku. tak tau knapa dia selalu menolak ajakan aku untuk besama. dan kadang2 aku menangis sampai tetidur di buatnya..

sksa batin aku min. da banyak kali aku bincang tapi tada kesudahan. Dia tak berubah pon. bila aku mintak cerai dia tak nak. Dia syang kan pehubungan ni tapi aku macam mana. Hai2 menangis. Aku tak rasa bahagia.

Pada dia aku ni hanya untuk masak untuk dia. Jaga anak angkat kami. ikut dia mana dia pegi. Tu je tapi atas katil aku berendam air mata. Aku ada n4fsu min. nak2 umur2 camni dah kemuncak min n4fsu aku. Entah la.

Aku cuba tunduk kan pandangan pada org lain. Rapatkan diri dgn allah tapi kadang2 datang jugak perasaan nak besama tu. Macamna aku nak buat min.

Kadang aku rasa aku macam buang masa je dalam pekahwinan ni dan kadang aku sedih tgk ex aku bahagia kawan2 aku bahagia. Entah la..apa kah aku harus redha je dengan takdir semua ni.

Nak kata kan dia manjakan aku dengan duit pon tak jugak. Banyak jugak duit aku keluar tampung pebelanjaan kami. Dia menanggung mak abah dan adik badik dia. Selalu aku la yang cukup kan belanja kalau anak nak makan apa2.

Nak becuti dan apa2 je la. Semua aku. Entah la kadang aku buntu dalam mengejar bahagia. Tolong korang bagi aku pendapat atau kekuatan atau semangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.