Isu Keluarga

Masalahnnya sekarang yang membuatkan saya terkilan apabila suami keluar senyap2 untuk bankin RM200 pada adik dia yang waktu itu bekerja di luar negeri.

Assalamualaikum Mohon admin siarkan penjelasan saya ini. Maaf kalo penjelasan ni terlalu penjang. Isu tentang normal ke suami lebihkan pemberian duit kepada  kakaknya berbanding saya isterinya.

usia perkahwinan kami hampir 11 tahun. Hampir 10 tahun perkahwinan kami hidup susah sama-sama. Tak de siapa pun yang menolong dan tak pernah mintak tolong dengan sesiapa pun termasuk mentua dan kakak ipar.

Gaji suami cukup cukup je. Nak berganti baju beberapa tahun baru dapat. Apatah lagi nak dapat duit untuk diri sendiri memang susah. Kalo ade pun memang boleh kira dengan jari je dalam masa 10 tahun berapa kali je dapat.

Usahkan nak beli alat mekap, nak bertukar  benda-benda yang kecik pun makan tahun. Saya cuba cakap dengan suami bagi saya sedikit pun tak pe asalkan tunaikan hak dan nafkah saya. Suami hanya diam je.

Waktu kami di rumah sewa dulu, saya pun ada cakap benda yang sama, tak pe bagi saya sedikit je pun tak pe, saya tak kisah. Masalahnnya sekarang yang membuatkan saya terkilan apabila suami keluar senyap2 untuk bankin RM200 pada adik dia yang waktu itu bekerja di luar negeri.

Bila kami sama-sama di kampung, kami lihat adiknya tukar handphone baru. Sebagai isteri saya memang sangat terkilan dengan apa yang berlaku. Pendek kata untuk menyediakan nafkah secukupnya kepada saya dan anak-anak waktu tu memang tak dapat.

Makan pun apa yang ada asalkan kenyang. Keluarga kakak ipar pun asalnya memang susah jugak. Tapi sebelum arwah suaminya meninggal hidup mereka bertambah baik. Untuk pengetahuan semua, sebelum ni kakak ipar saya beberapa kali pulaukan saya, bermasam muka tak tahu sebabnya yang sebenar.

Waktu Saya mengandung pun dibuat jugak mcm tu. Yang terakhir kejadian ni makan masa beberapa tahun sehingga dia sendiri yang minta maaf. Selalunya bila dia dah sedar dari kesilapan dia, dia la yang selalu minta maaf.

Saya bagitau suami tentang perbuatan kakak dia pada saya. Tapi suami cakap tak kan dia nak tanya pulak sebab apa. Memang saya terasa hati waktu tu. Mertua pun sebelum ni memang banyak membantu keluarga kakak ipar.

Sekarang saya tidak pasti. Hari raya pun dibelikan pakaian raya. Tapi anak-anak saya tak sehelai pun mentua belikan. Kepada yang cakap supaya saya tak dapat menantu seperti saya sekarang. Saya sebenarnya dulu bukan menantu pilihan.

Jadi menantu hampir 10 tahun pun asyik kena perli. Nak makan pun kena perli. Ada satu hari tu saya tak sempat makan  kerana sibuk dengan anak-anak. Jadi malam tu saya makan awal. Mak mentua perli saya cakap saya makan awal macam orang baru balik berkebun.

Sedangkan saya tak sempat nak makan hari tu dan makanan yang ada tu pun saya yang masak. Saya balik Umah mertua tak pernah saya goyang kaki. Menyapu, mengemop lantai, memasak memang saya buat Walaupun saya tau saya sering diperli.

Buat baik macam mana pun tetap diperli. Tak seperti menantu-menantu yang lain selalu dipuji didepan saya. Saya tak mengharapkan pujian pun tapi kata-kata Perli yang diberi seolah-olah menunjukkan bahawa saya memang tak disukai.

Saya berasal dari orang susah. Mak ayah saya dah tak de. Tidak seperti menantu yang lain yang berasal dari keluarga yang mungkin tak susah macam keluarga saya. Saya tidak sedikit pun menyimpan rasa dendam pada kakak ipar mahupun mak mentua.

Dan saya tidak menghalang pun suami saya untuk membantu kakak ipar dan anak-anak dia. Malah suami pun setiap bulan menghulurkan duit kepada maknya walaupun maknya orang senang. Saya memang tak kisah.

Yang menjadi persoalannya sekarang adalah saya merasakan suami lebih mendahulukan keluarga kakak ipar malah dari segi perasaan mereka pun. Hari tu kami sama-sama balik UmAh mentua.

Masa tu anak-anak saya dan anak-anak sedara suami tengah makan sama-sama. Ada seorang anak sedara ni yang duduk jauh sedikit dari kumpulan mereka ni.  Suami saya panggil anak sedara yang ni untuk datang dekat sikit dan meminta anak saya sendiri untuk bangun dan lari duduk tempat lain.

Anak sendiri disuruhnya duduk ditempat lain. Saya sebagai seorang ibu memang terasa sedikit tapi saya buat tak tau je. Ya memang Islam menganjurkan untuk memuliakan anak yatim tapi jangan lah sampai menyakiti hati anak sendiri.

Lepas maghrib tadi suami baru je bagitau kalo anak-anak sedaranya dapat sambung belajar, apa yang dihasilkan sekarang ini lah yang akan menolong mereka nanti. Saya hanya diamkan diri je.

Sekarang pun kadang-kadang suami mintak saya belikan lauk dengan duit yang saya ada, dan janji nak ganti. bila mintak balik suami tanya saya makan tak ikan tu. Memang terasa. Saya tau suami berusaha juga untuk memenuhi keperluan kami.

Cuma dari cara suami dengan keluarga kakak ipar membuat saya tertanya-tanya adakah suami lebih mengutamakan keluarga kakak ipar berbanding saya dan anak-anak sendiri?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *