Isu Keluarga

Semakin hari aku rasa semakin fed up dengan apa yang aku lalui rasa macam makin tak ikhlas dah dengan apa yang aku buat

Assalamualaikum min.Tolong hidekan profile aku. Semakin hari aku rasa semakin fed up denganĀ  apa yang aku lalui rasa macam makin tak ikhlas dah dengan apa yang aku buat.

Perkahwinan kami almost 9 tahun. Alhamdulillah dikurniakan 2 cahaya mata. perbelanjaan bulanan aku tanggung hampir 90%. Duit kereta 2 biji dan dua dua nama aku. Duit rumah yang kami duduk 95% aku yang bayar.

Wei nama dia clean tau tak ada apa komitmen cuma rumah je share nama. Duit pengasuh aku bayar untuk baby dan dia bayar untuk anak 1st. Susu baby fully aku yang keluarkanĀ  duit.

Duit dia hanya bayar Utility+minyak kereta+belanja sekolah anak+pampers anak +makan harian kami. Tu pon kadang kadang aku order food panda aku yang bayar. Bab baju anak aku la yang beli.

Kalau shopping dia hanya patung boneka yang tolong tengok aku bayar. Tak gentle langsung kan min. Bab baju raya pon sama. Memang aku jer tiap tiap tahun beli untuk anak anak.

Orang pasti akan cakap bagusnya suamiĀ  dia. Isteri dan anak anak pakai baju cantik cantik. Walhal semua duit aku min. Aku dah jadi tak ikhlas min. Rasa penat dah. Bukan tak pernah bincang hal ni. Kalau bincang bergaduh. Aku mintak nafkah aku RM 50 pon tak nak bagi.

Silap aku dari mula kawin aku nak apa apa aku beli pakai duit aku sendiri. Dia kalau bab jaga anak dia tolong. Bab kemas rumah pon dia tolong. Tapi bab duit nauzubillah berkira nak m4ti.

Aku kalau dapat bonus heboh bagitau dia. Sebab kita nak share rezki yang ada. Tapi kalau dia dapat bonus sepi sunyi tak cakap sepatah. Kadang kadang dalam hati menyumpah berkilo kilo jugak.

kalau aku m4ti dia susah min sebab selama ni semua aku bayar. Ego tinggi melangit. Kalau bergaduh h4r4m j4d4h la nak pujuk. Ada ke kawan kawan kat luar sana sama macam saya? Lelaki zaman sekarang kebanyakan lemb!k semua nak tunggu bini keluar duit.

Leave a Reply

Your email address will not be published.