Isu Keluarga

Suatu hari isteri N tahu hubungan kami dan meng4muk sampaikan Mereka bergaduh besar masa itu

Salam admin krt.. maaf saya guna fake acc, sila hide profile saya. Saya SM dari KL, berkahwin dan dua anak. Saya bisnesswoman, ada gaya dan imej. Saya boleh dikatakan senang, mampu menyara hidup saya dengan suami dan anak serta ibubapa saya.

Kisahnya saya berkenalan secara tak segaja dengan N dari Selatan N sudah berkahwin dan anak 2. Dari kenalan kemudian menjadi bisness partner. Bermula dari hari pertama N selalu call dan msg. Share location juga. Hari hari N call dan mesej dari 7.00am hingga 5.30 pm. Sekarang sudah satu setengah tahun N dan saya berhubung.

Saya tidak call atau msg N, hanya N yang call or mesej saya. Saya hanya tunggu. N akan call saya minimum 6x hingga max 20x sehari itu tak termasuk mesej lagi. Sekarang Saya dengan N sudah saling sayang. Pernah beberapa kali cuba untuk stop dan putus tapi kemudian akan berhubung semula hingga lah ke hari ini.

Saya sayang husband dan anak-anak saya. Saya tiada masalah dengan husband dan boleh dikatakan kami happy family. Cuma husband lupa nafkah saya. Saya tetap jalankan tanggungjawab seorang isteri, memasak, mengemas dsb. Kami sudah berkahwin 20 tahun dan anak saya sudah besar.

Suami tidak pernah ambil tahu tentang saya sehari-hari. Tiada call atau msg pun sepanjang hari kecuali yang penting atau kecemasan. Hidup saya rutin spt biasa sbg businesswoman dan isteri. N pula ada masalah dengan isterinya. Rumahtangga N tidak harmoni dan kerap bergaduh.

Suatu hari isteri N tahu hubungan kami dan meng4muk sampaikan Mereka bergaduh besar masa itu. N selalu mengeluh tentang rumahtangga dan isterinya hingga saya tawarkan diri untuk pergi dari N.

Tapi N tidak sanggup kerana alasannya ia tidak akan merubah keadaan rumahtangganya yang sememang dari dulu bermasalah. N perlukan saya untuk tempat bercerita dan meluahkan perasaan serta tekanan.

N akan call saya hari bekerja sahaja dan menggunkan nombor lain khas untuk saya. Hujung minggu N hanya akan menghubungi saya kalau ada peluang keluar dan isterinya tiada. Kami hanya berjumpa bila N ada kerja di KL. Kerana kekangan masa biasanya kami hanya lunch sahaja.

Kami masih ingat status masing-masing dan hormat status itu N pernah suarakan untuk mengambil saya sebagai isterinya yang sah. N sangat mengambil berat tentang saya. Call, mesej, nasihat serta pendapat maklumlah bisnes partner berbeza dengan suami saya. Saya tak tahu sampai bila akan terus begini.

Saya selalu berdoa Allah tunjukkan jalan yang patut saya teruskan. Saya rasa bersalah kerana mengganggu rumahtngga N tapi saya tak boleh nak lepaskan perasaan saya. Begitu juga N dia tidak boleh lupakan saya. N terus bertahan dengan isteri kerana kasihan anak-anak yg masih kecil walaupun sudah tiada hati dengan isterinya.

Meskipun suatu hari isterinya berubah, tetapi baginya sudah terlambat. Hatinya cuma ada rasa kasihan. Rasa cinta dan sayang sudah pudar. N terpaksa hidup berpura pura didalam rumahtangganya. Tidak pasti jalan pengakhiran kami. Kami hanya berserah kepada takdir. Maaf semua…Sekian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *