Isu Keluarga

Kisahnya Setahun lebih berlalu bekas kekasih suami chat2 kepada saya dan mengatakan yang dia sudah pernah buat hubungan degan suami saya.

Salam warga krt, saya ingin bertanyakn pendapat, saya seorang isteri yang telah berkahwin setahun lebih dan tidak mempunyai cahaya mata lagi.

saya dengan suami bersama atas perasaan suka sama suka dan bukan pilihan keluarga, dipendekkan cerita,

sebelum kemunculan saya dalam hidup suami saya dia ada seorang kekasih dalam 3 thun dorang bersama tapi akhirnya suami ditipu. dicurangi dan di tinggalkan..

2 tahun suami saya baru terbuka hati balik dan memilih saya untuk di jadikan pasangan yang halal buat dia.

Kisahnya Setahun lebih berlalu bekas kekasih suami chat2 kepada saya dan mengatakan yang dia sudah pernah buat hubungan degan suami saya. dan ya.

suami saya mengaku. suami saya kata masa itu dia lurus bendul baru dapat kerja dan jiwa muda.

Suami cerita kepada saya. dia diajak untuk check in. dan dia pun mahu. nama juga bercinta.

Apapun semua jadi. dan masa suami saya meniduri perempuan ini, dia bukanlah yang pertama kerana wanita itu mengaku sudah pernah melakukan hubungan degan lelaki sekampungnya.

dan suami saya terima dia seadanya. tapi apa yang suami saya dapat. perempuan ini curang lagi dengan lelaki lain dan melakukan hubungan degan suami saya pada msa itu walaupun sudah menjadi isteri orang.

Setiap kali perempuan itu mengajak suami saya tak pernah menolak. mungkin sedang hangat dalam percintaan katanya. tapi ini kisah lalu.

kisah silam suami saya tapi kenapa perempuan ini muncul kembali dan bagi tahu saya semua. Dan hati saya rasa sakit. saya akui suami jujur dan bagi tahu. suami tak mahu saya tahu sebelum kahwin sebab takut kehilangan saya.

tapi kini bila saya tahu kebenaran. saya rasa marah. sakit sampai tahap nak bercerai. Saya jijik dengan kisah silam suami.

Suami telah mengaku segalanya dan itu adalah masa silamnya tapi kenapa hati saya rasa sakit dan terbayang2. apa patut saya buat wahai warga krt.?

Mungkin ada kecaman saya akn terima tapi moga ada juga yang bagi saya nasihat untuk meyedarkan saya. Dan saya mohon untuk doakn semoga rumahtangga kami ini berkekalan hingga akhir hayat. amiin. terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *