Isu Keluarga

Paling saya terkilan bila hari tu bini anak sedara dia bersalin dia boleh suruh saya orderkan pati ikan haruan utk bini ank sedara tu

Hi min , blh hide profile saya. saya dan suami dh berkahwin 2 tahun. suami saya dah cerai kali ke 2  dan saya ialah isteri perkahwinan ke 3. perkahwinan pertama tak dapat anak.

perkahwinan kedua janda anak dah besar2  tapi sampai sekarang dia masih bangga dengan bekas bini yang ke 2 tu kaya, peramah, ad account trader sendiri.

Disebabkan 3tahun dahulu hidup dengan bekas bini dia kerja trade sahaja sampai sekarang suami masih main trade walaupun hidup kami cukup makan cukup pakai.

Ada masa rm 50 untuk duit jajan saya dan keperluan rumah langsung takml ada. Bile ada gaji lebih je dia top up ke account trade. kadang2 smpai hbz duit tu dia trade.

Bile loss trade dia meradang sampai anak2 jadi mangsa, meradang je hempas brg. duit tu habis macam tu je .  smpaikn duit top up fon pun mintak saya yang belikan.

Langsung tak fikir tentang pempers anak, minyak kereta, bil api air n barang kepeluan rumah. saya suri rumah sepenuh masa tak berkerja tpi semua tu saya yg tanggung

bile nasihat dia kurang main trade tu , dia kata kita ni bodo tapi klau top up 100 habis 100 macam mane saya nk berdiam diri lg . dan suami saya ni pentingkn orang luar dan kawan dari anak bini dia sendiri.

Paling saya terkilan bila hari tu bini anak sedara dia bersalin dia boleh suruh saya orderkan pati ikan haruan utk bini ank sedara tu sedangkan saya yang mengandungkn anak pertama dia langsung takbeli pape smpai saya bersalin berpantang langsung tak ada pati2 pape pun.

Sekarang saya mengadung lagi tapi gandungan masih baru. saya mintak pendapat dia, dia kata buang terus takpun makan nenas atau gi gvgvrkni jer. sebab dia tak berkemampuan n dia anggap saya ni bkn manusia ke ?  patut ke saya stay lg dengan suami macam ni ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *