Isu Keluarga

Kisahnya aku seorang yang berkerjaya gaji lebih dari suamiku hingga dimata orang aku nampak sempurna dengan miliki keluarga kerjaya dan harta

Assalamualaikum, sebelum aku mula cerita kisahku, aku mohon untuk rahsiakan identiti aku ni. Maaf kalau aku bahasakan diriku ‘aku’.

Kisahnya aku seorang yang berkerjaya dan gaji lebih dari suamiku. Aku dah kahwin hampir 10 tahun dan punyai 3 org cahaya mata. Di mata orang aku nampak sempurna dengan miliki keluarga, kerjaya dan harta.

Tapi di sudut hati aku, rumah aku bayar, kereta aku bayar, personal loan bank aku juga.. alkisah personal loan bank aku cuba mengelak utk buat..

tp disebabkan ingin bantu suami aku dan janji nak bayar setiap bulan padaku, aku turutkan tapi akhirnya aku yang bayar dah hampir 1 tahun tinggal 9 tahun, loan rumah tak payah kata cukup2 aku pencen(kalau ada pencen lah.

haha) aku juga lah byar bil telefon aku, astro, bagi duit pada abah aku, dan dekat mak dia lagi. Aku cuma harap suami aku bayar bil elektrik, air, cukai pintu, dan tanah tapi tinggal janji, awal dulu aku bayar tp sekarang aku biarkan,

sekarang bil elektrik dah jadi RM2K, cukai tanah pintu RM1K.. Barang kemas aku juga jd gadaian. Suami aku baik, jaga anak bila aku kena outstation. Yang tu aku puji tapi bab kewangan.

hrmm. Mula aku nak bandingkan dengan abah aku, arwah mak aku tak pernah ambil tahu semua tu sebab apa abah aku yang pikir dan dia yang buat semua tapi sekarang semua atas bahu aku.

Aku tak tahu nak mengadu pada siapa.. aku cuma nak luah je. Aku stress dengan kerja, stress pulak dengan hal rumah tangga.

Leave a Reply

Your email address will not be published.