Isu Keluarga

Kisahnya adik ipar saya adalah seorang terpelajar tetapi mempunyai masalah berkaitan tentang adab

Adik ipar tak kenang budi. Salam admin dan pembaca KRT mungkin ramai di antara kita yang punya masalah sama. Cuma jalan ceritanya yang berbeza.

Saya nak cerita tentang adik ipar perempuan saya yang no berapa biar saya rahsiakan, kadangkala saya terfikir untuk melemp4ng adik ipar saya kerana mulut dan pemikiran dia sangat jah4t.

Mulut dan perangai nya terhadap kedua mertua saya membuat kan saya selalu rasa nak marah.

Kisahnya dia adalah seorang terpelajar tetapi mempunyai masalah berkaitan tentang adab. Sentiasa merasa diri betul, hanya dia yang hebat. Bagi dia abang dia, kakak dia, adik dia b0d0h.

Dia je hebat bagus sempurna. Padahal hidup dia sangat menyedihkan. DenganĀ  keluarga sendiri tak baik, dengan keluarga mertua tak baik.

Kadangkala saya rasa adik ipar saya ini ada masalah jiwa. Tak boleh melihat orang lain lebih, apa yang saya tak berkenan adalah dia suka mengarah-arah ibu mertua saya seperti membantu dia, mengasuh anak dia.

Ada jugak ibu mertua merungut tapi anak dia kan, dia turuti jugak. Jaga hati anak, padahal anak sendiri suka mengutuk ibu,bapa sendiri kepada kami ipar-ipar.

Ada saya suara kan pada suami sy iaitu abang dia tapi suami mengambil sikap “biar saja lah,tengok kan aja”. Tak tahu la apa yang suami takut,atau nak jaga hati adik dia.

Kadang saya geram sangat tengok attitude adik ipar saya. Saya dibesarkan dalam keluarga yang menghargai sesama kami. Saya rasa ya Allah kenapa ya ada orang macam ni?

Sampai satu masa adik ipar saya sangat melampau bila mertua saya gaduh dan ada salah faham, adik ipar saya lah orang yang paling suka suruh mertua kami bercerai.

Saya cuba tak nak campur hal keluarga mereka tapi tak boleh. Saya rasa bertanggungjawab untuk menegur yang perbuatan dia salah.

Saya tak peduli kalau dia tak suka saya atau nak gaduh dengan saya. Tak pernah saya jumpa orang yang macam ni dengan ibubapa berkira,siap di ungkit2 apa pemberian dia dan suami dia.

saya cakap dekat suami yang sy tak suka perangai adik dia,tak kenang budi dan anak derhaka. ibu dan bapa mertua saya banyak tolong dia dan suami dia sampai macam pembantu rumah dah ibu mertua saya tu kadangkala.

Alhamdulillah puas hati saya setelah meluahkan apa saya rasa. Saya doakan Allah tunjuk kan jalan yang benar buat adik ipar saya.

Supaya dia berubah kelak. Hidup dalam reality,bukan dalam angan-angan sendiri dan merasa diri sentiasa betul,dan semoga anak dia tak buat balik apa yang dia buat dekat orang tua dia.

Saya dah malas nak tegur cara baik ke apa lepasni sebab nanti kesudahan nya saya dan suami yang bertik4m lidah. Biar lah apa nak jadi lepasni. Tapi jangan cuba buat perangai kurang ajar tu dekat saya,diam diam saya,takut esok dia tak boleh layan gila saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *