salam admin. Aku sekarang seorang suri rumah. berhenti kerja tanpa rela kerana ingin taat pada suami. aku ada seorg anak lelaki berumur 2 tahun dan bakal melahirkan anugerah yang Allah beri bulan hadapan.
aku selepas dari berhenti kerja mengalami depresi. murung kerana aku dijadikan punca hidup susah.
terbaru aku jarang sgt check hp suami .. sebab aku percaya dia tapi Allah tu nak bagi petunjuk pada aku.
Kisahnya suami aku mula mencari exgf yang sudah berkahwin sampaikan setiap masa mereka chatting waktu kerja pon wssp sedangkan aku tak ganggu dia sbb dia kerja.
hanya setiap ptg tggu dia balik kerja wlaupon balik dia hanya fikir utk balik main futsal ataupon cari free time luar rumah utk chat ex-gf .. (alasan bersahabat)
normal ke berkawan. tapi update status wssp “rindu si dia” (hide status dari aku) .. “kau penting dalam hidup aku sayang” saling bertukar gambar dalam wssp. itu ke bersahabat yg berstatus suami dan isteri orang.
aku cukup sakit hati sehingga kan nak pandang muka suami aku aku rse sakit. aku yang sarat hamil xpernah diambil berat sakit ke apa.
selama aku setia taat pada dia sakit aku. tak pernah prihatin. aku terlalu sakit hati. sakit yang tak mampu aku ungkap.