assalamuaikum Tuan/puanbagaimana ya Jika Saya Nak kongsikan perihal wife saya nii. Saya agak sedikit tertekan,
Detailnya begini.
Kisahnya sekitar tahun 2015 saya mengenali seorang Wanita usahawan yang agak Berjaya dan merupakan pengasas produk penjagaan wanita. Jika Saya sebutkan pasti ramai yang tahu. Saya sebutnya sebagai AB
selepas perkenalan di FB kami bertukar kepada WhatsApp. Pada ketika itu saya bekerja di Shah Alam. Pada awal perkenalan AB beritahu saya yang dia keseorangan sebab tidak mendapat perhatian “bekas suaminya” dan mengatakan yang statusnya adalah Janda.
Saya terus berkawan dan Sudah tinggal sebumbung pada awal 2017 lagi. Sekitar 2017 saya kerap temani AB ke merata tempat dan ada ketika kami hanya pergi berdua ke Kota Kinabalu dan Europe.
Dipendekkan cerita selepas bekas suami AB meningg4l Dunia akibat langgar lari yang pada ketika itu kami berdua sedang honeymoon di Europe, kami putuskan untuk nikah. Kami ambil Jalan mudah nikah di Th4il4nd berbekalkan Surat cerai suami ke2 yang AB sediakan sebelum nikah pada Nov 2017.
Sepanjang 2018 hingga ke hari in Saya telah dikurniakan 2 anak perempuan dan tidak lama lagi akan dapat sorang lagi Anak sebab AB mengandung.
Saya Jadi Buntu sebab,
1. AB tak mahu atau lambatkan urusan Pendaftaran nikah di Malaysia.
2. Pendaftaran Anak pertama dan kedua dalam Surat beranak tiada maklumat Saya (kedua2 nya perempuan)
3. AB menuduh saya ambil barang kemas dan uwangnya padahal barang kemasnya dipajakkan Oleh AB di ArRahnu manakala dia jarang Ada cash ditangan.
4. AB tidak buat langsung kerja rumah, tidak masak dan lebihkan update FB. AB akan duduk depan phone untuk update FB nya dan satu2 post Akan ambil masa lebih sejam untuk Cari content.
5. AB ada anak perempuan baya sekolah menengah dan lelaki sekolah rendah tetapi tak bersekolah dan menjadi orang suruhan dirumah. Bila Saya tegur AB akan mengamvk dan anak2 nya menjadi mangsa pvkul dan sebagainya.
Kenapa sekarang saya tersedar? Sebab fikirkan anak2 dan masa depan mereka. Bila Saya ajak AB ke Pejabat Agama berkenaan Pendaftaran AB akan marah2 dah Kata dah upah Lawyer.
Saya dah hubungi Lawyer dalam diam, Lawyer beritahu yang dia tak dapat apa2 instructions lagi Dari AB.
Apa perlu Saya buat sekarang? Makin lama dah nak naik sakit luar dalam saya Rasa.
Thanks admin