Isu Keluarga

Masalahnya sekarang isteri aku tidak pernah terkeluar perkataan mohon maaf hanya melainkan hari raya

Aslmkm/ Salam Sejahtera pada pembaca KRT dan pentadbir. Kisahnya isteriku seorang wanita yang hatinya sangat keras, cepat marah dan tidak dapat kawal kemarahan.

kami berkahwin hampir 10 tahun. dlm tak sedar perbuatannya juga telah melatih hati aku menjadi sikap sepertinya. Hubungan kami semakin hari semakin tawar.

ya,  aku juga tawar hati dengan sikapnya. kalau dahulu aku tak sabar balik ke rumah selepas waktu kerja, kini lain. aku sibukkan diri aku dgn bekerja, aku sengaja blk lewat.

kalau dulu aku mesti makan minum di rumah, kini aku makan di luar sebelum sampai ke rumah. apatah lagi hubungan.
Dah tentu ke laut.

sering aku berdoa agar isteri mudah lembut hati, saya juga bermohon para pembaca mendoakan kami.

Masalahnya isteri aku tidak pernah terkeluar perkataan mohon maaf melainkan hari raya dalam setiap permasalahan yang berlaku, aku yg dipersalahkan walaupon berdiam diri. Aku dah jadi bosan untuk menegur sebab aku dah tahu jawapan darinya.
Maaf bukannya niat untuk aku perburukkan isteriku..aku kecewa sebenarnya. Dan aku mohon isteri isteri di sana agar mengetahui tiap perbuatan kita akan melatih hati pasangan kita.

mungkin ada yang cakap sikap aku yg sebenarnya membuatkan isteri aku bersikap demikian. Untuk makluman dari awal perkahwinan isteriku dah bersikap keras.

ketika bercuti pon ia boleh tidak bertegur dan bergaduh. aku yg kena pujuk sbb ia tidak akan dimulai darinya untuk sejukkan keadaan, tiada perkataan maaf bermula darinya.

Doakan kebagian kami.Doakan agar setiap isteri isteri di sini, lembut hati pada suaminya dan kita semua memperolehi Syurga Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *