Isu Keluarga

Kisahnya waktu zara berpantang aku berurusan dengan bawahan Fara tapi masalahnya cara budak ni reply segala pertanyaan aku min sebijik macam zara

Salam min. tolong hide fb aku. Aku dah ada isteri. Zara namanya. Aku dengan zara ni kenal dr sekolah lg. aku memang dah lama syangkan zara. Tapi aku tak berani luah. Zara pulak memang cantik orang nya. Jadi bf dia silih berganti min.

Aku lah yang tukang dengar cerita dia pasal semua bf dia. Sampai la 1 tahap tu zara dah bertunang tapi tunang dia kantoi curang. Bila diorang putus tunang aku bagi tau zara perasaan sebenar aku kat dia. Aku ajak dia kahwin.

Tak sangka dia terima ajakan aku walaupun dia cakap perasaan dia kat aku tak lebih dr sekadar kawan. Dalam lebih dua bulan kawin min tu baru aku boleh sentuh dia, tido sebilik dengan dia sebab dia kata dia janggal dengan aku.

Dr biasa ber hoi hoi dengan aku sekarang kena hormat aku. Layanan dia kat aku pun biasa biasa je min. takde panggilan romantik, takde salam sebelum pergi kerja, takde dia nak kejut aku bangun pagi, takde lepas solat salam cium dahi.

Takde min sedangkan aku berharap sangat dapat hidup macam suami isteri normal yang bahagia dengan zara. Aku selalu berangan perkara perkara tu aku akan lalui dengan isteri aku.

Aku berharap sangat isteri aku layan aku selayaknya seorang suami. Zara Cuma sediakan makan pakai aku je. Tu je. Tapi aku rasa tak cukup. Aku rasa kosong

Kadang2 aku perasan dia lagi suka shopping sorang sorang. Dia suka buat semua menda sorang sorang tanpa aku. Tapi dia tak pernah nusyuz.

Satu hari tu entah macam mana kami boleh terbabas dan tak lama kemudian zara mengandung min. walaupun muka dia bapak toya masa Dr sah kan dia pregnant tapi aku la manusia paling happy masa tu.

Masa zara pantang dia still stay kat rumah kami sebab mak aku duduk dekat je. Time aku kerja mak aku yang jaga zara. Waktu zara pantang ni lah aku dah buat kesalahan yang paling besar min. aku terdua kan zara. Tapi sumpah bukan niat aku.

Kisahnya waktu zara berpantang aku berurusan dengan bawahan Fara tapi masalahnya cara budak ni reply segala pertanyaan aku min sebijik macam zara. Cara dia reply wasap pun sama.

Jenis zara dia akan menaip perkataan satu demi satu. No short form. Sama macm budak ni. Kadang2 aku terbayang yang aku tengah berwasap dengan isteri aku. Lama kelamaan aku tengok budak ni dah lain macam wlaupun dia tau status aku. tapi aku seronok layan.

Bukan aku hadap sangat kat dia cuma aku terbayang aku tengqh berbual dengan isteri aku. Budak tu selalu amek berat pasal aku min. Tanya dah makan ke belum, tanya aku sihat ke tak banyak lg la.

Aku terbayang bahagianya hidup kalau zara yang buat macam ni. Sebab kan terlayan sangat dengan imaginasi aku min, aku save no budak tu ‘ara my wife’ sebab memang isteri aku panggil ara, budak ni pun kat office orang panggil ara. Aku terlalu terikutkan imaginasi tu.

Budak tu selalu cakap ‘nanti seblum balik kerja nak salam abang dulu’. Sebagai lelaki min aku memang rasa macam disyangi, dihormati. tapi sumpah aku bayangkan zara yang cakap macam tu.

Aku tak terfikir langsung yang aku bukan berwasap dengan isteri aku min. aku bahagia bila byangkan zara panggil aku abang, dia salam tangan aku.

Tapi sungguh aku cakap bila balik kerja aku terus cabut balik jumpa anak bini, tak pernah sekali pun tangan aku dengan tangan budak perempuan tu bersentuhan min.

<span;>Hubugan kami cuma dalam wasap. bila balik aku selalu letak semua beg kerja kat tepi katil tempat zara berpantang. Lepastu pergi mandi. Masa mandi tu lah budak perempuan tu call min.

macam tu lah aku kantoi dengan isteri aku. Siap mandi zara dengan muka selamba dia cakap tu tadi your wife call. Aku cam tercegang jap. Lepastu baru aku teringat pasal nama budak perempuan yang aku save kat fon aku tu min.

Aku memang tak sorok fon dari zara sebab dia takkan check fon aku dan disebabkan aku terlalu hidup dalam dunia imaginasi aku, aku tak ade rasa yang aku tengah menipu zara. Waktu tu aku jadi speechless, terketar ketar.

Aku tau zara takkan mudah terima alasan aku min. aku tau hati dia masih sakit dengan kes curang ex tunang dia sekarang aku pulak buat macam tu walau pada hakikatnya tak. Aku takut sangat kehilangan anak isteri aku min.

walaupun tak hidup dalam kasih sayang zara, tapi hati aku sepenuhnya sayangkan isteri aku. Lepas kantoi dia masih macam biasa layan anak kami, macam sesungguhnya tak ade langsung perasaan dia kat aku.

Zara tak ade mintak penjelasan, tak marah sedangkan aku mengharap dia marah sebab orang kata marah tanda sayang. aku bersungguh terang kat dia, dia cuma pandang aku sambil klip klip mata.

Selang beberapa hari lepas tu aku main dengan anak kami, dia kata gom0l la puas puas nanti takut dah tak dapat jumpa. Kalau boleh guggur jantung aku dr tempat asalnya min memang dah lama guggur.

Berjuta maaf dah aku bagi semuanya beku. Tolonglah warga krt, jangan kecam aku, aku cuma perlu nasihat macam mana nak tawan semula hati isteri aku. Nak bayangkan hidup tanpa zara dan anak aku pun aku tak sanggup. Tq min kalau publish.

Leave a Reply

Your email address will not be published.