Isu Keluarga

Masalahnya Mil  ingat saya ni sibuk duit anak dia sampaikan menuduh saya telah menghasut2 anak dia.

Assalamualaikum krt.hide saya ya Penatnya jadi seorang housewife takdak income ,menunggu duit dari suami je. l00ser sgt rasa.

Penah buat bssness online tak jadi sebab transport pun kena tggu suami free baru blh pg pos, dgn ada anak kecik lagi kadang tak dan nak buat.

ada hari mmg kena pg pos tak dpt sebab husband pakai kete, sampai cust lama2 dh tak percaya. Niat nak cari duit sendiri. Saya rasa lebih baik kerja, ada duit sendiri takde lah orang nak pandang rendah kat surirumah ni.

Masalahnya Mil  ingat saya ni sibuk duit anak dia sampaikan menuduh saya ni menghasut2 anak dia. saya takde apa pun yg nak dicemburukan. kerja suami pun saya tak masuk campur. sebab tahu dia tak suka.

sejak dari mil byk negatif dgn saya, saya jadi tak suka mil saya lagi. tapi saya masih hormat dia. cuma saya jadi tawar hati nak bercerita macam kawan2. macam ibu saya sendiri. rindu mak., mak duk jauh.

Nak duk ngn mak pun nnt apa pulak orang fikir saya ni takde suami ke tinggal suami. Cemburu tgk suami beli barang, dia kata sekali skala.

penah saya cemburu cakap nak jugak beli2 macam tu tapi esok2 dia dah tak beli lagi, macam nk tnjuk yg dia ok je walau tak berbelanja n nak bagi saya diam. kadang saya ok je, selalu ingt saya cemburu.

Sampai saya tipu diri saya. Dalam hati nak sangat shopping untukk diri sendiri.  Suami ada bg duit 200 tapi berapa jelah zaman skrg 200. Dulu ada pinjam dia duit 1k,dapat kvtu saya ingt nak bayar lambat skit sebab saya pun nk beli barang.

Terus kena bayar dia sebab dia macam ingt saya ni apa je tak cakap serupa bikin. Terus saya bg je semua duit kutu tu kt dia. padahal kn dia keje ada duit,saya ni baru la nak merasa.

takpelah, hutang ngn suami. ingt boleh la bayar half ke sebab suami. EnNtahlah. anak dah 3. umur nk masuk 30. Sayang nak tinggal anak2. nak keje masih boleh lagi ke.

Sayangny kat anak2 sangat2 tapi nak beli barang untuk anak2. nak bawak anak2 jalan. suami sibuk keje bape taun tak dapat jalan bercuti, asyik bawak anak p umah mil.

bukan nak merungut. tapi i cannot tahan perasaan dlm diri. duit bukan segalanya tapi boleh membeli kebahagiaan. nak beli baju anak2. nak keluar sendiri, keluar kereta sendiri. tak suka orang pandang surirumah harap duit suami. down sangat rasa..

Leave a Reply

Your email address will not be published.