Isu Keluarga

Kisahnya Baru2 ni suami belikan saya gelang 10k saya up dekat status masalahnya pada hujung minggu haritu suami ajak melawat mertua di kampung macam biasa.

Salam min.. harap dapat hidekan nama saya ye. Ceritanya begini, saya dan suami dah berkahwin 10 tahun dah. Kitaorang tak ada sangat masalah. Kalau ada pun semua datang dari pihak mertua.

Dari pihak belah suami.. Saya tahu saya bukan menantu pilihan. Apa yang saya buat semuanya serba tak kena. Tapi bila anak2 perempuan dia yang lain buat kemain tak ada salah langsung.

Dan untuk pengetahuan anak2 perempuan pun suka buat saya dan mertua berlaga. Macam biasa bila suami belikan saya apa2 saya akan up di status whatsapp sekadar untuk kongsi cerita dan hargai suami.

Kisahnya Baru2 ni suami belikan saya gelang 10k saya up dekat status masalahnya hujung minggu haritu suami ajak melawat mertua di kampung macam biasa.

Lepak2 sekejap, adik ipo saya tu keluar dari bilik baru bangun tidur dah petang baru bangun hmmm, lepas tu saya nampak adik ipo saya cuit2 mak saya sambil tunjuk saya dan buat isyarat dekat tangan dia yang suruh mak dia tengok tangan saya. Lepas tu mak saya cakap dengan nada kuat juga…

Dia cakap dengan suami saya , tu ko belikan ke gelang tu ? Suami saya cakap lah yela dia dah minta lama baru cukup duit tu belikan. Mak dia cakap lagi ko dah belikan dia tu esok nak bayo keta rumah semua tak cukup..

Ya allah saya depan mak mertua saya ni.. dia sembur betul2 depan muka saya… Terus saya bangun ambil tangan mak mertua saya lelaju salam terus saya masuk kereta…

Tak sanggup dah kira tu pengakhiran sabar saya selama 10 tahun. Dan saya tak tahu apa belaku dalam 10 minit juga baru suami saya keluar dgn anak2. Dan balik.

Suami cuma cakap sabar sayang… Saya tahu awak kuat. Dalam hati saya, pokok yang besar pun akan tumbang kalau ribut melanda.. Begitu juga dengan sabar saya. hmmm..

Dan baru2 ni suami belikan saya ipone 13, saya up status ucap terima kasih, terus kena call oleh mertua kalau hutang suami dengan ipar yang masi tak bayar2. Hutang tu dari suami belum kawin dengan saya kot, tak kan nak saya yang bayar.

Adik2 ipo saya yang belum berkahwin tu… Jangan terlalu suka kenakan orang , kita tak tahu kifarah kita. Awak juga akan berkahwin akan berhadapan dengan mertua dan ipo duai

Semoga allah balas dengan adil semuanya. Sungguh hina seorang menantu perempuan yang tidak bekerja di mata mertua. Suatu hari saya akan berjaya dan masa tu awak susah baru tahu betapa tingginya langit itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.