hai admin.. macam biasa sorok kan profile saya walaupn fake acc.. saya nak tanya pendapat warga krt.. umr saya 35..suami 40.
saya dah 5 tahun berkahwin kali yang ke dua dengan suami.. saya ada 2 orang anak hasil perkahwinan pertama. Alhmdulilah suami yang kedua baik dan bertanggung jawab malah menerima dan sayang kan kami sangat2.
Cuma baru2 ni anak buah saya lelaki berumur 20 tahun datang tidur rumah kami.. anak buah saya baru bekerja berdekatan rumah saya..
memandangkan rumah kakak saya jauh dari tempat kerje, jadi anak buah saya tiap hari datang tidur sini. mula2 kami terima sebagai tetamu tapi lama2 anak buah seolah ingin terus duduk di rumah saya.
Saya tau suami jenis yang tak suka ada orang lain duduk serumah dengan kami sebab suami sangat pentigkan privasi bersama keluarga.. saya sbagai ibu saudara berasa serba salah..
saya cuba pujuk suami.. untuk pengetahuan semua waktu saya susah dulu kakak dan abang ipar banyak membantu dan ambil tau pasal saya..
Saya juga biasa duduk menumpang rumah diorang dulu jadi saya ceritakan pada suami semua tu supaya suami sedar dan faham dilema saya..
takkan saya tak boleh bagi anak dia tumpang rumah saya pula. setelah mendengar penjelasan saya suami pun setuju.. anak buah saya mudah diurus. jenis yang mudah diminta tolong sesuatu.. dan senang ditegur.
Saya juga buat perjanjian dengan anak buah yang dia kena bayar rm200 tiap bulan.. kami memang agak rapat.. tapi masih menjaga batas2 kerana anak sedara dah besar bujang.
baru2 ni berlaku pergaduhan antara saya dan suami hanya kerana hal yang tak logik. Kisahnya saya ada termasukkan sehelai seluar dalam anak buah yang dah dibasuh ketempat seluar dalam suami lepas tu suami tanya siape punya saya bagitau tersalah masuk.
Suami tarik muka hilang mood. Sampai dalam kereta dia buat muka saya pun diam tak nak gaduh benda mengarut.. rupanya selama ni suami cemburu ..
suami tak bagi saya uruskan pakaian anak buah.. saya rasa tak patut sebab ape la sangat sehelai dua seluar baju anak buah yang saya basuh lipatkan.. tak kan saya nak berkira sume tu.
Dan suami juga menyebut tentang sumbang mahram.. saya terus naik angin dan berlaku pertengkaran..betapa saya rasa terhina dengan tanggapan buruk suami..
saya tak marah kalau dia cemburukan orang lain tapi bukan dengan darrah daging saya sendiri.. saya tak sangka dia fikir sampai macam tu..
Sedangkan perlakuan saya dengan anak buah tak pernah terlebih mesra hingga boleh menerbitkan rasa cemburu suami.. saya dalam dilema ..
saya tak pernah pelawa sesape duduk sama dengan kami tapi kalau diorang yang datang sendiri tak kan nak halau dan ape alasan munasabah yang boleh saya bagi?
ape yang perlu saya buat? takkan saya nak halau anak buah saya sendiri..Takkan darrah daging sendiri tak boleh menumpang saya.. sedangkan dulu saya menumpang orang ketika susah sebelum suami hadir dalam hdup saya..
saya tak nak adik bradik fikir bukan2 pada saya dan suami.. saya tak nak nanti sedara mara takn ak jejak kaki ke rumah saya. kenapa suami susah tuk memahami?