Isu Keluarga

Masalahnya dirumah saya pula ada 3 orang kawan lelaki suami tinggal bersama sebab dia orang kerja kontrak

Salam admin. Saya nak share masalah sikit, harap admin hide profile saya. Sejak akhir2 ni, saya dan suami kerap bergaduh. Bukan nak burukkan keadaan tapi, saya punya perangai dari dulu memang susah nak tepis sikap suka merajuk dan diam diri yang buat saya makin terasa hati, bila suami pujuk.

Saya tak minta pujuk bagi something ke ape, cukup dia luangkan masa bersama saya. Tapi, saya sedar sape saya ni kalau nak dibandingkan bininya yang pertama. Saya tahu hidup bermadu tak seindah disangka. Saya dengan suami dah lama tidak bersama, saya tunggu green light darinya.

Bila masa suami nak bersama, saya ikutkan sebab tak nak keruhkan hubungan kami yang rengang tapi. sejak lepas saya bersalin, 0perati0n.

Saya merajuk mengurung diri dalam bilik, suami takde datang pujuk, tapi dia msj mengatakan yang dia dah bosan dengan perangai saya yang suka merajuk ni, siap nak hantar saya balik kampung. Saya bengang.

Selama dengan dia, ape yang dia pinta, saya ikutkan sampai kerja saya stop semata2 nak jaga hatinya. Katanya kalau saya kerja, ramai laki Cuba nak tackle saya, biarpun saya tegaskan saya tidak pedulikan laki tu semua.

Tapi, harini benar2 buat saya sakit hati sangat sampai rasa nak bvnoh diri dengan kata2nya. Bila pikirkan anak, rasa tu sukar nak dinyatakan. Saya cuma nak perhatian darinya, saya bosan dirumah.

Kemas rumah, masak, basuh kain. Tapi, saya rindu sikap suami yg dulu sebelum dia kema langan. Sekarang asyik sibuk dengan game dalam phone tu.

Layan game sampai 2,3 pagi pada hari kerja OK je dengan kawan2nya tu. Bila bab bersama, tak sampai 10 minit pun. Masalahnya dirumah saya pula ada 3 orang kawan lelaki suami tinggal bersama sebab dia orang kerja kontrak dan saya pikir nak pergi dari hidup suami,

sepi tanpa berita kalau tu yang boleh bahagiakan dia. Saya redha walaupun sakit hati dengan semua ni, tapi saya masih ada anak. Harap anakku yg menyinari hidupku

Leave a Reply

Your email address will not be published.