Isu Keluarga

Kisahnya suatu petang aku bawa gf aku datang tunjuk kan pada bini aku dan aku tunjukkan sekali anak2 gf yang dah panggil aku papa

assalamualaikum aku telah berkahwin dan masih belum dikurniakan zuriat. aku terlalu ingin dapat kan anak. Bini aku ok je tak ada masalah apa cuma hati aku sering rasa kosong.

balik rumah anak tak ada hilang seri rumah kami. isteri aku mmg ok kerja rumah dia yang uruskan lagipulak dia bukan buat apa2 just duduk rumah goyang kaki selain buat kerja rumah sikit2. rutin harian aku kerja balik rumah jam 6 ptg tengok dia goyang kaki tengok tv je..

Kisahnya Aku ada berkenalan dengan seorang janda anak 2 macam biasa aku sangat suka kan budak2 anak dia aku selalu belikan mainan selalu beli kan coklat.

lama2 kelamaan aku jadi tertarik dengan seorang janda ni yang muda dari aku setahun. sekarang sudah jadi gf aku..
berbalik pada wife aku macam biasalah lepas aku britahu hasrat untuk kahwin lain dia tak terima langsung dia menangis2 dan minta aku bersabar dia akan iktiar untuk dapatkan zuriat kami.. tapi hati aku kosong.

Aku rasakan hati aku ada pada gf aku yang baru ni. Siang malam asyik terbayang kan dia sampai terdetik dalam hati nakkan dia datang tinggal rumah aku bawa anak2 dia. Aku dah sayang sangat anak2 dia..

Kisahnya suatu petang aku bawa gf aku datang tunjuk kan pada bini aku dan aku tunjukkan sekali anak2 gf yang dah panggil aku papa. anak2 dia masing2 umur 3 tahun dan 4 tahun. Sepasang. aku seronok sangat sampai aku tak hirau kan wife aku yang sebelum tu tengah cuci baju kami..

wife aku salam dan dimuka dia takda riak sedih cuma biasa2 ya aku tahu dia berlakon dan pura2 suka. Selepas aku makan aku bawa gf aku dan anak2 dia keluar jalan2. wife aku tengok je. time ni aku tak nampk dia menangis.

sampai dekat rumah malam tu pukul 11.30 malam wife aku macam biasa smbhyang dan bertelkung lama di atas sejadah. aku kongsi kan pada dia yang aku rasa happy sekarang ni. aku tengok dia macam dah mula sukakan apa yang aku beritahu…entah la cuma aku sangsi dengan keiklasan dia..

Malam tu kami tidur macam biasa wife aku pun tak banyak cakap. Esoknya petang wife aku minta nak pergi tesco nak beli barang2 rumah katanya. aku pun bagi keizinan tapi aku tak nak ikut sebab nak rest petang ni aku nak jumpa kekasih hati.

Wife aku charge hp dia bagitau siap2. aku bosan2 tak tahu nak buat apa aku check fon wife aku. ko tahu tak apa yang wife aku tulis di notes dia? rupanya aku baru tahu wife aku ada barah weh. baru saja barah tu lepas dia pgi check doc sebab dia selalu sakit

Aku baca tapi tak berapa susah hati lagi. entah la mungkin sebwb aku biasa2 saja perasaan pada dia time tu. tapi setelah aku baca dan baca lagi waktu2 kami mula kenal dulu.

tentang kenangan kami time aku kerja ambil upah buat bendang, time bini aku hari2 bawak bekal bangun jam 5 pagi nak siapkan bekal aku. time tu kami belum berkawin dan aku tak kerja macam sekarang ni.

wife aku tulis dalam notes tu kenangan time sama2 redah motor time hujan. waktu tu kami balik kampung ke kedah. dari kl ke kedah (dah jadi wife) kenangan kami waktu aku terlantar di hospital kena denggi.

Kenangan waktu kami sama2 berjanji di pantai merdeka dulu kalau aku m4ti dulu dia takkan kawin lain. tiba2 hati aku bagai dijentik sesuatu aku rasa kenangan aku bersama wife terimbas bermain2 dalam kepala 0tak aku ni..

aku fikir balik..kenapa aku sanggup berubah sampai macam ni sekali? mungkin kah sebab aku senang sekarang ni aku dah lupa orang yang paling banyak berjasa dengan aku? berjasa dengan famly aku?

kami tinggal ngeri yang sama wife aku dari dlu sgt syang kan mak aku ..stiap kali bulan puasa dia lah yang akan hantar bekal bagi juadah berbuka dia jaga mak dan ayah aku macam mak n ayah dia sendiri dari belum kahwin sampai dsh kawin.

Aku terfikir2 sendiri sekarang ni di mana cacat celanya wife aku? tak akan lah time takdapat zuriat lagi aku nak buang wife aku jauh2. tiba2 air mata jantan aku merembes keluar bagai tak mampu aku menanggung shingga teresak2.

aku tunggu wife aku aku nak minta maaf..
pasal gf aku pulak lepas aku baca notes wife aku aku tak msg dia langsung aku nak jelaskan pada dia yang aku taksggup dah nak lukakan hati wife aku yang dah berbelas tahun aku kenal..

gf aku merajuk dan maqki2 aku cakapnya aku main2 kan perasaan dia dan gelarkan wife aku btina tu yang menghsut.

Aku trus off fon lepas tu. aku tunggu wife aku. dah setengah jam dia keluar tapi takda call2. oh baru aku ingat yang wife aku tinggal fon. admin dan semua nak tahu tak rupanya wife aku terlibat kemalangan.

aku dimaklumkan abang wife aku dia yang tahu dlu berita ni..hati aku tak sedap. aku naik motor ex5 aku (motor kenangan aku dan wife)admin…wife aku dh tak ada kereta remuk teruk

aku menangis gila2 time tu. Aku lemah lutut first time aku rebah dan pengsan di tempat kejadian. Allah bayar cash pada aku . aku yang minta wife aku pergi dari hidup aku supaya senang aku nak brnikah dengan gf aku.

aku yang tak pernah beramah mesra lagi dengan wife aku tak pernah ambil tahu msalah wife aku yang sedangkan hatinya lagi2 terluka. smpai dalam notes dia ada dia tulis kalau dia terpaksa korban nyawa dia demi untuk anak dia rela…
admin

banyaknya salah aku pada wife…senang2 aku buang dia.Sekarang dia telah pergi tinggalkan aku..apa aku ada lagi di dunia?hidup aku kosong. Orang yang selama ini yang setia bsama aku telah pergi selamanya.

aku mngambil masa untuk meluah disini. aku ambil masa untuk menaip. Sudah dua tiga kali aku ingin post kan kisah tapi setiap kali itu jugaa lah hati aku dilanda hiba sampaikan teresak2 sendri…admin…sekarang sudah bbpa bulan wife aku di alam sana dan aku?

aku masih kosong …aku sudah tidak bminat dengan mana2 prenpuan lagi…jiwa aku sngguh kosong…stiap kali aku teresak mak aku lah yang ingatkan supaya aku baca kan alquran..emak dan ayah aku juga terkesan..seluruh kluarga.

dan aku takpnah crta kan lagi tntang hal aku yang bmain cnta dgn org lain.Admin sekarang aku sudah berhenti. aku tinggal di kg..bila aku lalu di bendang…aku tringat kenangan aku dengan wife.

Bila aku naik mto ex5 aku bagai terasa2 wife aku dibelakang sambil peluk dan letakkan dagu nya atas bahu aku smbil tsnyum dan kadang2 bcrita sumpah aku rindu aku rindu dia.

hilang nya tiada ganti. maaf admin aku tak pandai mngarang aku cuma luahkan isi hati. sesunguhnya sampi sekarang aku masih terbayang2 saat wife aku pergi menggalkan aku dan kenangan kami berdua. Sngguh aku menangis teresak2 saat mnulis smua ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *