Assalamualaikum admin. Hide profile saya.. Saya seorang suami. Dan minta pembaca sekalian amik iktibar lebih kepada kaum suami walaupun isteri. Saya pernah berkahwin sebelum ni.
malah bercerai lepas 4 bulan saya bercerai saya dikurniakan seorang jodoh seorang guru yang parasnya cantik. Bekerjaya..
Pada dasar permulaan perkenalan memang saya mengakui saya sayang dia bukan disebabkan carrier dia.. Tetapi siapa dia pada mata saya. Dia seorang wanita yang sangat baik.
baik luar ataupun dalaman. Kisah bermula apabila saya mula mendirikan rumah tangga dengan si isteri. Saya seorang bekas banduan.. Yang sanggup dia terima.
Badan penuh tatoo dan parut. Agama islam hanya atas pada ic dan nama. Kehidupan saya sebelom ini lebih pada cin4. Tapi dia. sanggup terima dia sanggup untuk melihat saya berubah.
Permulaan perkahwinan semua berjalan lancar sehinggalah sesuatu menimpa saya tanpa kesedaran isteri.. Bila mana dia melihat saya resah saya sering kali kata tiada apa2..
Sedangkan. ketika itu saya kena selesaikan sesuatu yang besar.. Kongsi gelap lama. Dtg mencari saya.
Saya perlukan satu amount yang sgt besar untuk keluar dari kongkongan kongsi gelap.. Saya sayang isteri saya. Tapi saya telah melakukan satu perkara yang diluar jangkaan beliau.
Sampaikan satu masa saya terpaksa curi maklumat isteri untuk buat loan sebab dia kerja goverment. Saya terlibat dengam f0r€x semula.. Hari berganti hari berganti bulan..
Account f0r£x yang dikendalikan oleh orang tengah yang saya upah mengalami kerugian. Bermula itu saya tutup lubang gali lubang..sehinggalah saya terjebak dengan. sindeket penipuan. Untuk dptkan wang..
Akhirnya menherat diri saya. Tetapi istri saya masih lagi menangis bertanya kenapa madu yang diberi racun yang saya balas.
Demi Allah dan rasul saya sangat menyayangi isteri saya tapi sudah tiada pengampunan buat diri saya.. Sekelip mata saya menjadi sebatang kara… Family saya mahupun dia..
Sudah buang saya… Jauh dari hidup mereka… Saya sedih tapi mungkin ini balasan… Untuk orang yang takpernah bersyukur dengan nikmat tuhan… Nikmat tuhan yang dah daya sia siakan…
Esok penentu… Sama ada saya masih hidup mahu pun tidak….mohon pembaca semua… Hargai lah istri kamu semampunya dan seadanya..
Hadirkan ketika mana mereka memerlukan… Beri perhatian… Yang tidak pernah isteri saya dapat dari saya… Sekrang menyesal pon dah takda guna…