Isu Keluarga

Bertambah buruk suami buat loan atas nama saya 100k masa setahun berkahwin 100k lagi masa 2 tahun lepas berkahwin dan 70k sebulan sebelum saya dapat pindah ke kl

Assalamualaikum admin dan rakan krt.
Saya terbaca kisah wanita yang dimadukan tanpa pengetahuan kerana masih belum ada zuriat. Cerita dia sama macam saya, bahkan saya lebih teruk lagi.

Dipendekkan cerita, saya sudah berkahwin hampir 8 tahun. Kami bercinta sejak habis sekolah. Setelah 8 tahun bercinta kami berkahwin. Kami pjj selama 5 tahun. 2 tahun berkahwin dikurniakan anak lelaki.

Selang setahun dikurniakan anak perempuan. Kemudian dapat pindah tinggal dengan suami di kl. Rupanya baru sahaja saya pulang ke pangkuan suami 3 bulan, dia telah berkahwin dengan perempuan lain di Thailand atas sebab bisnes.

Sy tahu setelah 1 tahun lebih mereka berkahwin. Lebih teruk lagi adik beradik ipar duai dan mak ayah suami tahu. Saya seorg sahaja yang xtahu. Siap pergi bercuti bersama dengan mak dan ayah mertua.

Suami berkahwin ketika saya baru mengandungkan anak ketiga. Dahsyatnya cerita kami apabila saya tahu dari mulut adik ipar dan rakan baik ibu mertua, bahawa ibu mertua yang berdoa supaya suami saya berkahwin lagi kerana tidak suka dengan saya.

Bertambah buruk suamiĀ  buat loan atas nama saya 100k masa setahun berkahwin 100k lagi masa 2 tahun lepas berkahwin dan 70k sebulan sebelum saya dapat pindah ke kl.

Suami juga gunakan 2 kad kredit atas nama saya. Satu sudah hampir habis limit 8k dan satu tinggal 2k dan saya yang sedang habiskan bayar. Kini anak kami nak masuk 4.

Bila saya tahu perkara ni 7 bulan lepas, sy ingin berpisah, tapi suami halang dengan pelbagai cara. Isteri kedua juga tidak tahu bahawa suami sudah punya isteri dan anak. Dia juga ingin berpisah. Suami halang dengan pelbagai cara.

Contohnya, pasang GPS pada kereta, hantar dan ambil kami pergi kerja, rampas phone dan tukar password emel kami dan gunakan number fon dia sebagai verification number. Suami tak mahu ceraikan kami berdua.

Sedangkan dia tak mampu dari segi kewangan. Juga culas dalam tanggungjawab di rumah. Tak membantu jika di rumah. Cuci tandas pun tak pernah sama sekali.

Hanya memeras tenaga isteri untuk kesenangan. Juga upah orang gaji untuk memudahkan urusannya. Sekarang tidak mahu ceraikan kami dan Cuba pelbagai cara untuk halang kami dari pergi ke mahkamah.

Saya sebagai isteri pertama tak nak lagi hidup seperti ini. Stres dan sedih dengan sikap suami. Saya ingin pergi, tetapi berat memikirkan Anak2 yg masih kecil Dan kewangan saya yang memburuk kerana hutang2 suami.

Adik beradik Sgt ambil berat. Mak tiada dan ayah sakit tua. Ambil lah pengajaran daripada kisah saya. Semoga Anak2, adik2 perempuan kita tak tertipu dgn kata2 manis lelaki, janji manis, tipu daya lelaki yg tak bertanggungjawab.

Kalau boleh, jgnla bercinta terlalu lama, Jangan lakukan perkara keji, sentiasa lah berdoa kepada Allah supaya dipertemukan dengan jodoh yg baik. Sentiasa lakukan kebaikan supaya dikurniakan jodoh yang baik oleh Allah.

Jika ada yang ingin saya sambung cerita atas explain tentang kisah ini, boleh tinggalkan komen. Jika ada nasihat juga saya terima. Sebagai ikhtiar hidup yang mendatang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.