Assalamualaikum min. Tlg siarkan kisah ni dan hide profil saya. Saya dah kawin 2 tahun, belum ada anak. Suami kerja buruh je kt kampung.
Suami saya boleh dikatakan lelaki yang bertanggung jawab dan tidak culas dalam nafkah.
Hidup kami bahagia je dengan suami walau serba kekurangan dari segi harta benda. Masalahnya kebelakangan ni suami saya ada perangai yang pelik dimana dia suka kacau saya.
Saya tahu niatnya cuma nak bergurau tapi kadang2 sampai mencabar kesabaran saya dan buat saya terganggu.
Contoh macam saya nak solat lepas saya ambil wuduk suami saya suka sangat cuit, sentuh tangan saya. Jadi wuduk saya batal terpaksa lah kena ambik wuduk lagi.
Masalahnnya Kalau saya nak keluar pergi mana2 lepas mekap pulak suami ganggu saya sampaikan dia muah pipi saya sampai mekap saya tertanggal kadang2 saya rasa kotor bila air luir dia melekat.
Susah saya nak repair mekap, dah la makan masa. Dia buat saya marah sangat. Kalau lepas makan pulak lepas dia basuh tangan dia buat baju saya ni mcam kain buruk, dia lap tgn dia kt baju saya.
Perangai dia ni memang mencabar kesabaran saya. Boleh gaduh jugak kadang2.
Bila saya tgk tv dengan dia saya kene genggam tgn kuat2, bila saya leka dia selalu je ambik tangan saya buat korek hidung dia.
Saya rasa tak tenteram pulak. Mintak pendapat macam mana nak hentikan perangai buruk suami saya. Sifat dia kalau sentap memang sampai berbulan taknak cakap dengan saya.
Dah hampir sebulan saya rasa terganggu dengan perangai dia macam ni. Sebelum ni tak pernah sebab dulu saya tak bagi muka kat dia, sekarang bila saya buat baik dengan dia jadi macam ni pulak.
Masalahnya baru2 ni saya ada kenal seorang lelaki dekat media social dah aku tengok cara hidup lelaki ni jauh lebih baik berbanding suami aku yang berperangai pelik, lelaki ni serius nak kat aku tapi dia tak tahu aku isteri orang. Apa perlu aku buat?