Isu Keluarga

Masalahnnya isteri aku rajin stalker hp aku mungkin takut kot ada yang rampas walaupun aku tidak pernah fikir nak curang

Asalam min..Aku nak luah sikit tentang isteri aku dan minta pendapat pembaca. Aku seorang suami anak dua. Aku seorang usahawan kecil-kecilan. isteri aku suri rumah.

pada awal perkahwinan aku ok je dan walaupun aku meniaga dan pendapatan aku alhamdulillah ok. Aku tak pernah curang,

Masalahnnya isteri aku rajin stalker hp aku mungkin takut kot ada yang rampas walaupun aku tidak pernah fikir nak curang. Isteri aku ni pemalas dan tak reti hormat aku.

Dia duduk rumah bulan2 aku bg 1xxx sebagai nafkah. Pampers susu rumah kerta dsb aku tggung min. kerja dia jaga anak masak n kemas rumah. Yang lain aku buat min.

basuh baju lipat baju dan boleh kata dalam sebulan 10-15hari je dia masak. lain makan luar atau order online. rumah langsung tak berkemas. kalau aku tegur sebulan dua je ok lpastu berulang lagi.

Aku juga kemas sebab malas nak gaduh. Baru2 ni ad mjlis dekat rumah mertua aku.

Dia boleh tinggi suara kat aku. Dengan nada yg kasar. Aku tak tahan min..aku tawar hati..smpai aku terpikir nk lepaskan isteri aku dan biar la anak2 aku jaga..

Leave a Reply

Your email address will not be published.