Aku nk cerita.Mungkin panjang cerita aku.Aku nk luahkan. Aku tak kisah kecaman. Nak kecam,bkecamlah. Nak nasihat, nasihatlah. Cuma aku mohon, ambillah kisah ni dari sudut positif. Maksudnya. Ambil pengajaran.
Perkahwinan aku bukan baru setahun dua. Dah cecah 15tahun. Aku jemu. Suami pentingkan diri sendiri. Aku nak kasih sayang dia tapi aku tak dapat. Dia biarkan aku. Tak pernah panggil aku dengan panggilan yg aku suka.
Solat? Malas nak cakap sebbab katanya itu antara dia dengan Tuhan. Bukan tak pernah bincang elok2 tapi sudahnya dia mencarut m4ki aku. Sakit hati aku. Diamkan saja lah sambil doa dalam hati minta pertolongan drp Allah.
Dia ambil mudah bab nafkah sebab aku bekerja, walaupun gaji aku tak besar tapi pendapatan aku tetap. Setiap tahun ada kenaikan. Dulu gaji dia besar. Kalau aku minta, dia selalu kata tak ada duit. Dah habis bayar itu bayar ini.
Padahal bukan aku tak tahu. Main jvdi main f0r£c.Tak kaya pun. Poket kering lg ada lah. Sampai pernah kena rem4n sebab pusat jvdi kena s£rbu. Aku lah yg jamin dia keluar lok4p. Dah keluar, dia buat tak tahu macam tak ada apa2 berlaku.
Bergadai barang kemas? Dh biasa. Mula2 segan. Malu nak masuk pajak. Lama2 dh tak kisah. Tauke pajak pun agaknya dh kenal muka aku. Okay.. aku telan. Masa tu, aku masih ada mak. Mak yg selalu suruh aku sabar.
Kerana mak, aku bertahan. Sekarang mak dah tak ada.Aku hilang tempat mengadu. Keluarga dia? Entahlah malas nk cerita. Buat sakit hati aku. Biar aku simpan aje lah kisah keluarga dia sbb aku nk cerita tajuk lain harini.
Dgn takdir Allah, dia hilang kerja sejak MCO. Drp gaji belas2 ribu. Sekarang RM10 pun minta daripada aku. Sepatutnya ada simpanan. Allah nak ajar dia agaknya. Pun begitu egonya masih tak kurang.
Bergolok bergadai lah aku tanggung semua dari A-Z. Balik kerja, jadi 4m4h pula di rumah. Kerja2 rumah langsung dia tak peduli. Kalau bukan tangan aku yg buat, penuhlah sinki dgn pinggan kotor. berlonggok menggunung lah kain baju dalam bakul.
berulatlah sampah dlm bakul sampah dia tak hairan. HP teman sejati dia. Hilang bini tak apa, asal tak hilang HP. Penat siot. Aku ni mcm org gaji yg menggaji diri sendiri. Aku gagahkan juga. Dalam hati berdoa lagi.
Entah bila nk makbul doa aku tu tak tahulah. Letih perah otak dgn macam2 perkara. Aku selalu menangis sendiri. Sedih, kecewa semua ada. Aku cuba utk kuatkan fizikal dan mental aku. Aku tak lah sampai fikir nk cerai berai.
Aku sayang rumahtangga aku. Aku sayang suami aku sayang anak2. Aku selalu fikir smua rumahtangga ada masalahnya. Tak guna nk cerai2 ni.
Aku usahakan sesuatu agar kewangan keluarga aku kukuh.Mujurlah aku jenis berani,pandai bercakap. Aku dapat 1 peluang tambah pendapatan. lumayan juga hasil bulanannya cuma kerja tu buat aku bertambah sibuk.
Pulang dari kerja hakiki, aku sambung part time. Jgn risau ye, kerja halal. Aku nak anak2 happy, minta apa saja aku boleh belikan.Tapi Allah tak berhenti menguji aku.
Masalahnya Kali ni iman aku diuji dimana aku berkenalan dengan suami orang. Nama dia R.Kami sama² dlm 1 team. Selalu berjumpa. Dia selalu manjakan aku.
Aku senang dengan dia, dia pun sama. Dia yg banyak bagi aku tunjuk ajar utk tambah pendapatan. Mmg ada hasilnya. Aku happy skrg wlw hakikatnya aku rasa bersalah.
Suami masih mcm tu lah. Nk harapkan ego dia turun mmg tak lah. Aku tak kisah pun. Malas nk serabut2 lg. Aku tahu hubungan aku dgn R tak akan ke mana. Takat suka2 je di luar. Betul, aku tahu aku berdosa tapi aku manusia. Punya banyak kelemahan.
Sepatutnya suami aku yg sah bimbing aku. Sayang aku.. hargai aku. Lindungi aku. pedulikan aku. Dia imam aku dari awal lafaz taklik dia dh janji tapi dia banyak mungkir.
dia biarkan aku seolah2 aku malaikat. aku isteri, ada jiwa, ada perasaan, ada keinginan. Kau org doakan aku kuat ya. Kalau aku sakit ke m4ti ke. mcmana nasib anak2 aku.
Sayangilah pasangan kau org sebaik2nya. Betul, kasih syg tak menjamin kekayaan tapi kasih syglah pengikat kebahagiaan. Terima kasih.