Salam. Saya nak respond berkaitan seorang guru wanita yang mengadu suaminya yang juga seorang guru bercinta dengan anak murid.
Puan, cerita kita 99% hampir sama. Suami bercinta dengan pelajarnya yang diajar dari ting 3 sehingga masuk universiti.
Ketika pelajar itu di ting 3 suami banyak membantu dari segi wang ringgit belikan buku dan bayarkan yuran tuisyen kerana kesian sebab pelajar itu kem4ti4n ayahnya dan tiada sumber kewangan kerana ibunya hanya menjahit baju.
Saya maklum mengenai perkara itu kerana suami bagitau saya mengenai pelajar ini dan kami sama2 menziarahi pelajar ini di rumahnya beberapa kali. Saya sndiri ada bagi duit kpada pelajar itu sebagai sedekah.
Tapi akhirnya hubungan mereka menjadi sepasang kekasih. Saya nampak kelainan dalam hubungan mereka dan suami juga semakin dingin terhadap saya. Kami tiada masalah bila berhubungan. Semuanya ok.
Saya perasan suami ada hp yang saya tak tau kewujudannya. No hp tu pon suami tak bagi saya. Bila saya tanya katanya wasap group dengan budak2 untuk tanya soalan.
Tapi pelik kenapa mesti sembunyikan dari saya. Saya baca wasap mereka berdua. Memang sah diaorang bercinta. Dalam hal ni saya tak salahkan suami 100% kerana memang pelajar tu yang g0d4 suami saya.
Katanya suami saya hensem, mancho dan bertanggungjawab. Dia tak suka pelajar lelaki seusianya katanya tak matang. Dan dia ada cakap layanan suami saya kepada dia sangat memuaskan ( saya tidak faham apa maksudnya)
Boleh bayangkan tak macam mane remaja berusia 15 tahun meng0da lelaki berusia 35 tahun lepastu Suami yang belikan t0pup belanja makan dan beli hadiah kepada pelajar itu. Saya mengamvk nak bagitau pada pengetua dan mak budak tu.
Diaorang berjanji akan putuskan hubungan tapi sebenarnya tidak. Mereka berhubungan guna messenger pulak. Saya tak tau kenapa gerak hati saya bagitau supaya klik messenger di komputer kat rumah kami.
Masalahnya pelajar tu mengadu pada suami katanya rindu sangat2 kalau seandainya dapat tengok suami dari jauh pon jadi la dan budak ni memang tak reti bahasa.
Saya confr0nt dengan suami. Katanya dah menyesal dan minta peluang. Saya niat nak cerai tapi masa tu anak sulung darjah 6. Ada peperiksaan upsr. Saya bimbang anak akan terasa kesannya.
So saya bagi amaran pada suami tapi akhirnya kant0i lagi bila diorang berbalas email lak. Allah memang bantu saya.
Saya baca conversation diaorang tu macam suami tak ade la jiwang macam kekasih sangat sebab suami banyak cerita pasal wife dan anak2.
Tapi budak tu banyak citer pasal lepas belajar nanti nak kawin dengan suami saya la, nak duduk skali dekat2 tak nak duduk jauh2. Last diaorang kant0i, saya ada call mak budak tu.
Mak dia terkejut besar dan m4ti2 cakap anak dia tak buat perkara macam tu sebab anaknya baik. Budak2 zaman sekarang memang trlalu advance.
Tak kira nak rampas suami orang asalkan hidup senang dan hidup dapat support. Kepada wanita yang suaminya curang berdoa dan mengadu la banyak2 pada Allah.
Hanya sbnar2 tempat brgantung dan meminta pertolongan. Hanya Allah yang memegang hati hamba2nya. Saya banyak muhasabah diri. Perbaiki hubungan saya dengan Allah dan juga suami.
Banyak hikmah yang Allah bagi disebalik ujian2 yang diberi. Suami akui memang tiada niat pon untuk kahwini budak tu. Dia banyak nasihati budak tu untuk teruskan belajar dan bekerja untuk tolong emaknya.
Saya memang akui pon sebab dalam email atau wasap suami banyak kata2 nasihat. Tapi budak tu 0ver sangat sampai berangan nak kawin dengan cikgunya.
Alhamdulillah. Suami memang sntiasa ada bersama saya dan anak2. Saya harap budak tu insaf lah daripada terus2 mengoda suami saya.