Isu Keluarga

Kisahnya aku telah berberapa kali sudah larang isteri aku jangan letak gambarnya semasa dia bujang dahulu

Hi selamat petang min.. mohon rahsiakan identiti ya.. Aku disini nak tanya pendapat korang. Patut ke aku ceraikan je isteri aku ni? Dah berkali kali sejak dari berkawan, bertunang & berkahwin dia selalu sakitkan hati aku.

Melawan cakap, kurang ajar & tak hormat dengan aku. Selalu je aku ni kena mengalah. aku dah penat dengan semua ni tapi hati masih sayangkan isteri aku. tapi aku rasa sayang aku ni macam sia sia je.

Kisahnya aku telah berberapa kali sudah larang isteri aku jangan letak gambarnya semasa dia bujang dahulu. pakaian ketat dan menjolok mata tapi dia masih letak dan menjemput lelaki g4tal pm dia ajak keluar dan lain lain.

alasan dia buat begitu nak sakitkan hati aku kalau bergaduh. aku letih dengan perangai isteri aku. ya aku sedar kadang2 aku solat tunggang langgang. nafkah aku bagi apa dia nak semua aku turutkan.

tapi kehendak aku untuk dihormati sebagai suami lansung tak dituruti. katanya pergi m4mpus dengan title “suami”. aku terasa diri aku ni macam dipergunakan dalam diam untuk dia bebas kesana sini as isteri org dah tak dikonkong oleh mak ayahnya lagi.

kalaukan mak ayahnya pun takdapat didik dia. mampu ke aku ni nak didik seorang isteri yg datang dari background yg tak berapa baik, degil, dan keras kepala? kalau nak ikutkan aku pun begitu juga sikap tapi semenjak kawin.

Aku berubah dengan niat hendak mendidik isteri aku. tapi aku pula yang makin lama makin hilang sabar dengan sikap isteri aku yg melampau lampau. baru2 ini isteri aku ada krisis dgn kakak2 aku / kakak ipar dia.

kakak aku mengatakan isteri aku ada menghina dan mengutuk dia pada org lain dan org itu beritahu pada kakak aku. aku bertanya pada isteri aku. isteri aku terus melenting dan kata aku membela kakak2 aku.

sedangkan aku juga tahu mulut & sikap kakak dan isteri aku bagaimana. aku dalam dilema nak menegur dan membuat pertimbangan. Sungguh aku buntu & kadang2 terasa aku ini suami yang tidak berfungsi kerana lansung tidak dihormati isteri.

semasa mula2 berkahwin ada juga kadangkala hilang sabar aku mengamuk dan naik tangan. tapi lama kelamaan aku tahan dan sabar. tapi kesabaran aku kini makin diuji dengan sikap isteri yang melampau lampau.

Aku buntu aku tertekan dan sudah 4x cubaan memb0n0 diri dan aku dimasukkan ke wad psikiatri kerana masalah ini. AllahBantulah Aku.. Aku tertekan dengan hidup ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.