Terima kasih admin. Percayalah, bilamana saya sedang menaip confession ini, berkali2 saya menyeka dan mengelap air mata yang tidak putus2 mengalir dari tadi.
Takdir yang tidak baik terlalu banyak tertulis dalam hidup saya. Ditika kawan2 sebaya sedang bergembira bersama suami dan anak2, saya tiap2 hari hanya mampu memikir nasib diri yang serba tidak kena.
Saya berusia awal 30-an. Anak 2, suami bekerja di sektor awam tapi gaji sekadar cukup makan.
Saya mempunyai kedua ibu ayah yang uzur, tidak sihat. Saya perlu menjaga ibu ayah saya, kerana saya tidak bekerja. Adik beradik ramai tinggal berdeketan, tapi tanggungjawab dilepaskan kepada saya semata2.
Saya sayag ibu ayah saya, tp saya jadi tak ikhlas kerana adik beradik tidak bertanggungjawab. Saya enat mental dan fizikal. Nak keluar tak boleh senang lenang macam org lain.
Perlu ada org lain baru saya boleh keluar. Saya demam, penat atau tak sihat, tetap kena masak. Saya cemburu pada kawan2 sebaya saya, yang duduk sendiri. Hari malas masak, tak payah masak. Hari cuti, boleh bangun lewat. Tidak bg saya, cuti atau tak, keadaan sama.
Mertua saya tak suka kan saya sebab saya tak kerja. Dianggap menyusahkan anak dia. Bila balik rumah mertua, saya dan anak2 dilayan macam kain buruk. Suami saya takpercayakan saya bilamana saya bercerita perihal ibunya, kerana bila depan suami saya, ibu mertua saya baik sangat2.
Suami saya pula jenis anak emak. Apa2 keputusan semua terletak pada ibu dia. Nak beli sofa, kereta semua dia tanya pendapat mak dia. Saya seperti tunggul, ye la sebab saya tak kerja kan.
Suami saya juga jenis kedekut dan sangat berkira. Nafkah makan minum dia bg secukupnya, cuma untuk lain2 dia takbg. Kalau dia dpt duit bonus, dia tak pernah hulur kat saya walau rm50.
Baju dalam saya dah lusuh, pun dia takbelikan. Pernah suami saya dapat duit tunggakan yang banyak, saya mintak rm100, dia cuma bg rm50.
Suami saya juga culas membantu saya buat kerja rumah. Semua saya buat seorang. Dari basuh baju, melipat baju, basuh pinggan, memasak, mandikan anak, semua saya. Suami saya hanya baring main hp. Bila saya mintak tolong, memang sampai kesudah takkan buat.
Pakaian anak2 tak kira raya atau basahan, semua saya beli sndiri. Saya kumpul duit. Suami saya kedekut, dia suruh pakai baju yang dah lusuh, singkat .
Saya taksmpai hati tgk anak2 saya pakai baju macam tu. TAKpelah saya pakai yang buruk, asalkan anak saya pakai elok. Bila anak saya nak mkn sedap2 pun, saya guna duit yang saya kumpul.
Bila mintak dgn suami, dia kata jgn manjakan anak sangat. Padhal bukan selalu. Sebulan sekali takkn tak mampu.
Saya cemburu pada kawan2 saya. Punyai mak ayah yang sihat, kawan2 saya siap boleh tinggalkan anak2 mereka pada mak ayh mereka ketika pergi kerja. Kwn2 saya masih boleh berebut nak balik rumah mak, sebab nak merasa masakan mak.
Kawan2 saya juga punyai suami yang baik. Gaji rm5k lebih, semua serahkan pada kawan saya. Kawna saya juga tidak bekerja, tp hidup bagai permaisuri. Duit suami dia yang kawal.
Suami balik kerja, urusan rumah tangga terus diserahkan kepada suami. Kawan saya punyai anak 4 org kecil2, tp dia masih ad me time.
Sebab suami dia rajin bantu dia jaga anak, dan buat kerja rumah. Berbanding saya yang hanya anak 2 org ni, selagi anak tak tidur, selagi tu tiada me time saya.
Lagi beberapa minggu dah nak raya, duit saya dh nak habis belikan persiapan raya anak2 dan diri saya. Dalam bank ada dalam rm100. Termenung panjang fikirkan nak tunggu hujung bulan. Fikiran tak keruan.
Saya hanya mampu berdoa kepada Allah semoga dimudahkan rezeki saya. Saya mengaji. Saya dekatkan diri dengan Allah.
Selesai beribadat, masuk notifikasi whatsapp dari kawan saya. Dia msg saya, dia ajak keluar shopping esok, sebab kwsp suami dia dah masuk. Suami dia berikan rm10k semua kepada dia.
Air mata saya laju mengalir. Sungguh saya cemburu. Bertapa murahnya rezeki orang, mudahnya kehidupan orang. Dikurniakan mak ayh yang sihat, suami yang baik, duit berkepuk, nikmat apa lg yang kau dustakan.
Mata saya bengkak kerana menangis dari tadi. Sungguh saya kecewa, terdetik terasa hati dengan Allah. Kenapa hidup saya begitu susah ya Allah. Kenapa kawan saya begitu senang hidup dia. Padahal dia juga suri rumah seperti saya.
Hidup saya tidak tenang. Hari2 berperang dengan perasaan. Penat mental fizikal, berperang dengan kewangan. Allah.. Malam2 tidur tak lena, memikirkan tugasĀ hari esok yang sudah terselit rapi.
Saya hanya ingin hidup normal seperti orang lain. Hari malas tak payah masak, hari cuti boleh bangun lambat. Hari gaji, suami bagi duit berkepuk. Saya tahu semua itu hanya mimpi. Mungkin sampai tua saya harus begini. Memendam rasa, menyimpan air mata.