Isu Keluarga

Kisahnya saya bercinta dengan p0lis bantuan ditempat kerja masalahnya lelaki itu sudah berkahwin

salam admin tolong hide profile tq.
saya wanita berumur 25 tahun, Saya sudah 2 berkawin dengan seorang lelaki yang baik dan tahu jaga agama serta bertanggungjawab tapi tidak romantik.

kami kawin atas pilihan keluarga. saya bekerja di sebuah company ternama dan isu yang diceritakan ni maybe agak biasa pada zaman sekarang ni.

Kisahnya saya bercinta dengan p0lis bantuan ditempat kerja masalahnya lelaki itu sudah berkahwin dan isterinya pula bekerja setempat dengan saya cuma dibahagian lain.

saya bercinta dengan dia sudah nak masuk 2 tahun dan selama ni kami bercinta diluar lokasi kerja sahaja dan takde sesiapa pun tahu sebab kami merahsiakannya atas dasar profesional kerja.

Saya nak tinggalkan dia tapi terlalu sakit sebab saya betul2 sayangkan dia dan dia pulak tak nak lepaskan saya langsung. dan sejujurnya kami pernah ‘bersama’

dan sekarang dia ajak saya berkahwin tapi dia tak menjanjikan harta benda mewah cukup yang wajib je. saya masih berbelah bagi sebab perasaan sayang terlalu kuat tapi dalam masa yang sama saya sayangkan keluarga saya, taknak mengecewakan mereka.

Lelaki tu bagi tahu dah memang jodoh kita dengn cara macam ni tapi saya sedar semua ni salah tapi saya sendiri terikat dengan n4fsu dan cinta dia. selain dari kecaman saya jugak berharap kata2 positif untuk saya bangkit.

Leave a Reply

Your email address will not be published.