Isu Keluarga

Masalahnya lepas balik aku terus terhuhu nampak baju aku dan suami masih tetap bersidai di ampaian

salam min, tolong hide fb aku ye…tq min.
masalah aku mungkin di alami oleh semua menantu menantu di luar sana yang tinggal di rumah milik keluarga suami. 

masalah aku ialah mil aku terlalu pilih kasih dan suka sangat berdengki dengki dengan kakak bini bini abang ipar aku. makluman abang sulung suami aku tinggal serumah juga di rumah tu. dan anak ada empat orang.

mil aku balu. tapi terima pencen boleb tahan tiap bulan cecah 4k. tapi tu lah boros belum habis bulan dia dah buat muka sebab duit habis.

Mula mula aku okey lama lama aku makin tak okey! dalam hal pilih kasih pun aku makan hati! mula mula aku tak perasan sangat tapi lama lama aku terperasan sendiri bila satu petang aku dan suami lewat balik dari rumah mak aku.

Masalahnya lepas balik aku terus terhuhu nampak baju aku dan suami masih tetap bersidai di ampaian. Takda sorang pun yang nak angkat baju2 aku tapi aku positivekan diri mungkin orang dalam rumah ni lupa kot.

Jadi sekarang bila nak jalan aku akan pastikan kain aku dah aku angkat atau aku takkan basuh kain kalau ada plan nak jalan.  Kalau pasal makan pun berkira, masak senidiri kenyangkan perut dia je. Kalau dia panggil makan pun suami aku je.

Kalau aku ikut makan, mula lah dia buat muka tak suka siap baling2 barang. apa penyakit mil aku eh? setakat ni aku tak pernah buat apa apa salah besar selain aku merajuk dengan suami aku.

Bab dengki berdengki pula mertua aku akan cek semua peralatan mandi aku apa jenama yang aku pakai dia akan beli jugak apa jenis tudung aku pakai dia akan pakai juga.

biras aku pun boleh tahan juga main  semua dia nak tiru. apa masalah dorang ni yer? bila aku bagi tau suami perangai mak dia..suami cakap dah memang mak dia macam tu tak mau kalah. dia dah faham.

aku macam entah. huhuBab membawang mil aku dan biras aku boleh tahan jugak tapi aku malas ambil pot. sebab aku macam makluk asing bagi dorang.

tapi mil aku ni bukanlah jahat sangat orangnya walaupun kadang kadang aku rasa sangat terpinggir bila suami aku tak ada.

dari seorang yang ceria suka masak masak suka deco deco rumah suka buat kek untuk makan petang aku jadi pemurung dan pendiam sekarang ni. dan aku lebih suka menyendiri dalam bilik aku.

buat hal aku dan jaga baik baik suami aku. tapi aku tak pernah bermasam muka dengan siapa siapa dalam rumah ni. sekali sekala aku akan joint dorang selalunya waktu petang sambil tunggu suami aku balik kerja.

selebihnya aku di bilk selepas aku basuh pakaian masak sarapan dan bekal suami aku. Adakah aku kena sindrom kemurungan?  tak semua ibu mertua macam ni kan. tapi kebanyakkanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *