Isu Keluarga

Masalahnya lepas kami bergaduh dan dia cakap dia menyesal terima saya balik Sebab sebelum sebelum ni gaduh saya yang akan merayu jangan tinggalkan saya

Hi assalamualaikum warga KRT. Nak luah masalah, sebab takda sapa yang nak mendengar.

3 minggu lalu, bergaduh dengan suami pasal cuci pinggan. Saya selalu tegur suami, suruh dia cuci pinggan dia sendiri, tapi dia cuma ketawakan saya, anggap saya main-main.

Saya tau, dia ketua keluarga, dah keluar kerja untuk support saya yang tak bekerja dengan anak 2 orang. Tapi saya pun manusia, tahu penat dan letih.

Satu hari berper4ng mental, jaga anak anak kecik umur 2 dan 4 tahun. Dia dalam bab jaga anak anak ni memang dia tak banyak membantu. Suap makan, bancuhkan susu, basuh berak anak, pun kena suruh baru buat. Kadang disuruh pun lambat lambat buat.

Jadi saya dah penat bergaduh, saya tak pernah minta tolong dia buat kerja rumah lagi. Biar semua saya buat sendiri. Tapi sampai pinggan dia pun saya kena basuh.

Masalahnya lepas kami bergaduh dan dia cakap dia menyesal terima saya balik Sebab sebelum sebelum ni gaduh saya yang akan merayu jangan tinggalkan saya. Dia kata saya b0d0, pasal basuh pinggan nak bergaduh.

Iya, saya memang b0d0. Tapi salahkan ke nak basuh pinggan sendiri? Kena harapkan isteri juge ke? Kalau dia balik kerja, makan dan berehat dalam bilik. Memang dia akan bagi saya masa untuk berehat, tapi dia tak tolong saya selesaikan kerja yang ada.

Suruh saya rehat, konon dia tengokkan anak anak. Padahal dia sibuk dengan phone, layan Tiktok, anak anak buat hal sendiri.

Tadi, dia cakap dia nak bawa haluan masing-masing. Saya terima. Saya tak rasa sedih atau rasa nak menangis. Dah penat nak merayu macam dulu.

Yang saya terkilan, dia minta hak penjagaan atas anak-anak saya. Kata dia, dia tak sanggup nak pisahkan anak-anak saya dengan atuk anak-anak.

Tapi sanggup pisahkan diorang dengan saya, ibu diorang. Mengandung 9 bulan, meneran keluarkan masa diorang bersalin. Saya betul terkilan dengan apa dia cakap.

Saya bagitahu dia saya taknak berebut anak-anak, sebab itu darah daging dia juga. Saya cakap biar mahkamah yang tentukan. Saya terima saja keputusan mahkamah. Tapi bila dia cakap tak sanggup nak pisahkan dengan atuk diorang, saya jadi terkilan.

Saya ni ibu diorang. Penat menjaga diorang, bawa dalam perut. Alih alih nak pisahkan saya dengan diorang atas alasan atuk. Sedih sangat saya rasa. Saya taknak apa-apa. Nak minta korang doakan saya kuat semangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.