Salam min. cukup la saya di kenali sebagai ridz. nie kisah saya yang mungkin boley djdikan iktibar. Saya berkawin dengan gadis cinta pqndang pertama.
kami kenal dari laman social whatssap dan contak hampir setahun baru berjumpa kat uma wife. mase tu memang terdetik dialah pasangan saya. sampai saya buat solat hajat dan mimpi dia la jodoh saya.
Tapi kami loss cntat sampai setahun lebih dah bertemu kembali dan berkawin mase perkahwinan tu memang dia banyak tanggung dan bantu saya sampai la di kurniakan anak. 3 orang yang sulung kembar sepasang 4 tahun no 2 perempuan 2 tahun lebih.
wife saya bekerjaya dan memang ada rupa. tapi saya nie jenis suka dengar cakap mak dan kluarga saya dari wife sendiri, hampir setiap perkara saya belakangkan wife.
tak pernah berbincang sampai terlalu degar cakap mak dan keluarga saya. saya tak percayakan wife saya sndiri. saya dengar arahan mak dan keluarga saya.
Sampailah mak saya nak 5k jumlah tu jugalah saya akan berikan kalau tak cukup saving saya akan buat pinjaman dekat isteri sebab mak saya hanya tahu dia nak apa yang dia minta.
Sejujurnya wife saya yang tanggung semua dalam rumah dan anak2 sebab saya blaklist dan muflis sebab berhutang dan jadi grant0) dan sampai satu tahap dia tak tahan degan sikap saya dan dia luahkn semua.
Tapi saya tetap bepegang bahawa keluarga saya betul. mak saya betul.. syurga saya bawah tapak kaki mak jadi saya perlu ikut semua apa mak kata.
mak pon selalu kata isteri saya ni saja nak pecah belahkan keluarga kami, saja mengada-gada, smpai macam2 keluarga saya buat dan bckap tentang wife saya saya diamkan.
Sampai adik saya pernah col dan wife buat loaudspeaker hadapan saya.. adik saya kata “kau tak suka abang aku dan kalau abang aku tak bagi nafkah kat ko degan anak2 mntak la fasak! Tak payah hidup dengan dia”. tapi saya tetap diam… dan berlaku pceraian.
mase tu baru saya tersedar wife saya tak salah. baru saya tringat anak2. Selama nie anak2 sakit pon, saya susah pon keluarga saya tak bantu. siap sindir. bila nak duit dan kepntingan baru mencari. baru terbuka mata saya nie.
bru saya tersrdar.Saya ada rujuk tentang perkara ni kat ustaz di pejabat agama dan ternyata memang smua salah saya.. tapi nasib la wife dan keluarga wife bagi peluang ke dua buat saya..
saya tak kan sia2kan. satu je nasihat saya. meskipun syurga kita di bawah tapak kaki mak kita tapi keluarga kita perlu di utamakan. anak2 perlu di lebihkan.
saya bersyukur di beri peluang ke dua. Dan di beri kesempatan dalam mbesar dan didik anak2 peringatan untuk diri saya yang tak kan dilupakan.