Salam Admin..Mohon hidekan profile saya..
Saya tak pasti ini luahan atau nak minta cadangan. Untuk makluman,saya dah berkahwin masuk tahun yang ke 8.Kami sekarang dah ada 2orang anak.
Selepas kahwin,saya tinggal di rumah mertua saya.Walaupun saya pada mulanya tak setuju,tetapi wife(anak bongsu) kata nanti akak dia(sudah berkahwin juga) akan pindah keluar jadi emak dia (balu) tak ada orang nak jaga.
Tapi akhirnya akak dia duduk bersama semua sampai tahun ke 6 kami kahwin.Bayangkan lah macam mana,dengan aurat nye semua memang dah ke laut la.
Saya sebagai suami lak yang rasa tak selesa,yang lain semua macam selamba je..Banyak kali juga kami gaduh bab ni,padahal semua sembahyang boleh kata cukup..
sampaikan saya sendiri cakap saya tak nak tanggunh dosa dia dalam rumah ni..Mak saya sendiri pun banyak kali tegur,saya sampai dah tak tahu nak cakap apa.
Tahun ke 6 saya kahwin,saya ada beli rumah,rumah pertama wife kata jauh nak pergi kerja (walaupun rumah mertua saya juga jauh ke tempat kerja tambah lagi jem).
demi nak merasai kehidupan bekeluarga sendiri,saya dapat beli rumah kedua yang dekat dengan tempat kerja walaupun lebih mahal dan agak struggle memikirkan untuk bayar bulanan nanti.
Wife saya pun excited,siap minta renovate dan buat id,banyak juga kos duit simpanan saya guna untuk renovate hampir ke 100k.
dan dia kata nanti nak ajak mak dia duduk sekali(siap dah belikan tilam yang sesuai untuk orang tua di bilik bawah)..Tetapi,akhirnya rumah tu sekarang hanya balik bila weekend je,tu pun kemas2 tido semalam / dua malam..
masih lagi duduk rumah mertua saya,sebab mertua saya tak nak ikut.Saya tak tahula wife saya ni ada bincang atau tak dengan mak dia..Tapi duit simpanan saya habis macam tu je keluar..
Sikit pun wife saya xde cakap apa kat saya..Mak saya yang kat kampung pada mulanya excited sebab bolehla dia duduk lama sikit kalau dia datang rumah saya,tapi akhirnya macam tu juga sampai la sekarang dah masuk tahun ke 8.
Dua kali saya rasa kena tipu yang saya simpan sampai sekarang.. Saya faham dia nak jaga mak dia tapi dengan sekarang rumah tu saya bayar seorang,rasa macam terbeban..Sekian..