Tolong hide profile sy ye. Saya ida(bukan nama sebenar) awal 30an dan telah berkahwin dgn duda akhir 50an. Disini saya cuma nak luahkan apa yang terjadi dalam hidup saya.
suami saya kalau orang tidak kenal memang akan nampak seorang yang beriman dgn title ‘H’. Tapi akikatnya isteri dan orang duduk serumah je yang tahu perangai sebenarnya.
Masalahnya Normalkah kalau isteri merajuk tak tegur suami selama 3 hari tapi suami pula hanya buat b0d0 biarkan isteri tanpa dipujuk walaupun kesalahan berpunca dari dirinya sendiri. Hari2 isteri makan hati dengan suami.
Nafkah zahir tersiksa dan b4tin suami cuma sediakan tempat tinggal dan beli lauk pauk sahaja. Itupun suami beli mengikut n4fsunya sendiri shj. Duit poket/belanja bulanan tiada.
Isteri cuma dapat duit belanja 2 kali setahun iaitu awal tahun dan pertengahan tahun utk beli pakaian… Sekali bagi cuma rm100.
Cuba bayangkan apa yang isteri boleh beli pd zmn skrg ni dgn duit rm100 utk beli pakaian+tudung+anak tudung+baju/seluar dlm tu belum lagi termasuk yang lain. Bukannya tidak bersyukur..
Tetapi isteri cuma geram kerana bila si suami melihat perempuan lain yang berdahi licin boleh dikatakan meleleh juga air liurny. Bila hal kawen 2/3/4 semuanya mampu. Isteri sekarang hidup cuma dalam penderitaan..
Tersiksa zahir dan batin. Tiada pelukan kasih mesra dr sang suami.. Tiada juga kata2 yang melembutkan hati isteri. Isteri tiada tempat untuk mengadu dan bermanja.
TAKlayakkah si isteri dapat semua tu? Sambutan hari lahir dan ulangtahun perkahwinan tidak pernah diraikan.. Malah si suami lupa semua tu.. Bila ditanya suami cuma cakap benda tu semua remeh temeh dan malas nak pikir.
Apa yang isteri rasakan saat ini adalah cuma taklebih jadi seorang pembantu dalam hidupnya bukanlah seorang pendamping. Suamiku. Saya tahu awk juga ikuti krt.
Jujurlah sekiranya awak tidak pernah ikhlas sayang dan cintakan saya bagitau lah.. Biarlah say mengundur diri dari penderitaan ini.
Sudah banyak kali isteri mahu meluahkan apa yang terpendam dihati. Tapi cuma akhirnya disudahi dgn pergaduhan. Isteri tak minta banyak cuma sayngilah isterimu sepenuh hatimu wahai suami.