Isu Keluarga

Kisahnya baru2 ni suami ada bagitahu yang ex dia akan berkahwin tak lama lagi tapi masalahnya Sejak dari haritu saya tgok suami byk berdiam diri

Assalamualaikum min. tlg hide dan siarkan luahan saya ni. Sebab saya dah buntu, malu dan kecewa dgn diri sendiri. Cerita dia mcmni min, saya dah kawin dgn suami saya dlm 6tahun, ada 3 org anak.

Suami saya duda anak 2 org.
Kisahnya baru2 ni suami ada bagitahu yang ex dia akan berkahwin tak lama lagi masalahnya Sejak dari haritu saya tgok suami byk berdiam diri..

mcm ada sesuatu. Jadi 1 haritu tergerak hati nak tengok akaun tiktok suami, lepastu saya tengok bahagian “search” saya nampak suami search

“Berilah saya peluang”, “Bagi peluang untuk betulkan kesalahan”, “ayat untuk ex dtg kembali”, “ayat rindu dekat ex”, “putus cinta” dan byk lagi. Dalam masa yang sama suami jugak ada search akaun facebook ex dia..

Untuk pengetahuan suami dgn ex dah cerai talak 3. Bukan apa min, tujuan saya post ni, saya nak mintak kata2 semangat dan pandangan sbb selama ni saya byk mgalah dan berkorban utk suami tapi mcmni ke cara dia nak balas.

Jujur min, saya malu sgt.. malu sgt dgn diri sendiri. Seolah2 saya ni hanya bertepuk sebelah tgn sahaja. Dan normal ke benda ni..

Meraka dah berpisah 6tahun tp suami masih tak boleh lupakan ex dia. Masih dihantui byang2 ex.. Seolah2 saya ni takwujud pun. saya takpernah cerita dgn sapa2 sebab malu sgt.

saya sungguh terkilan. tahap kecewa tu taktahu nak lukis mcmana.. rupanya selama ni suami saya tak move on lagi..  Dia lebih sayag dan cintakan ex dia berbanding saya.

Apa yang perlu saya buat? perlukah saya bertanya kepada suami atau buat tak tahu saja? Sebab dari chat suami dan ex sebelum ni mmg suami mgaku yang suami lebih cintakan si ex daripada saya.

Rupanya selama ini saya jer yang beriya. mmg normal ke kalau ex kita nak kawin kita akan rasa sedih dan kecewa sdgkan kita sendiri pun dah berkahwin lain?

Leave a Reply

Your email address will not be published.