Assalamualaikum. Aku seorang suami yang bertugas disebuah jabatan kerajaan, dikurniakan 3 orang puteri bersama seorang isteri yang juga bekerjaya.
Kehidupan kami tidaklah semewah mana, namun isteri banyak membantu sekiranya aku memerlukan, termasuklah kewangan. Aku telah cuba untuk menjadi yang terbaik sebagai seorang ketua keluarga.
Aku bukanlah seorang yang suka melepak, kaki game, kaki perempuan dan lain-lain lg. Kehidupan aku hanya untuk kerjaya dan keluarga ku sahaja. Aku juga tidak pernah memarahi isteriku apatah lg untuk memukulnya selama perkahwinan kami.
Dari segi penjagaan anak, memasak, mengemas rumah, membasuh baju, mencuci pinggan mangkuk dan segalanya lagi⦠Semuanya aku buat, bahkan jika dihitung, rasanya aku yang lebih dalam segala hal2 sebegini berbanding isteriku.
Aku tiada masalah untuk melakukan semua ini kerana aku dilahirkan sebagai seorang anak yatim, ibuku telah mengajarku untuk hidup berdikari seawal aku dibangku sekolah rendah lg. Aku telah dilatih untuk membasuh pakaian sendiri, memasak makanan sendiri dan pelbagai lg urusan untuk kelangsungan hidup,
disebabkan ibu ku terpaksa bekerja keras diluar untuk menyara aku dan 2 lg saudaraku. Tetapi, bukan ini yang ingin aku kongsikanā¦
Mungkin dari kesilapan aku juga, sepanjang 8 tahun perkahwinan aku dengan N Aku terlalu memberi kebebasan kepada N dalam melakukan segala hal. Aku tidak pernah kisah dengan siapa dia ingin berkawan, dengan siapa dia keluar, malah dia juga bebas untuk kemana saja.
Dia hanya perlu memberitahu kepadaku untuk ke sesuatu tempat, dan aku akan mengizinkanya tanpa ambil peduli apa yang akan dilakukannya.
Beberapa hari yang lepas setelah aku pulang dari outstation sengaja aku periksa handphonenya hati ku tersentak apabila terbaca whatsapp dr seorang lelaki yang memanggil N dengan panggilan awak
Hai awak, awak dah makan? nanti saya call awak lg ye diantara ayat perbualan mereka berdua, malah lelaki itu juga tanpa segan silu mengajak N untuk keluar dan makan bersama diluar.
Apa yang aku kesalkan, lelaki itu tidak bertepuk sebelah tangan, malah N juga menyambut baik untuk keluar bersama lelaki tersebut semasa ketiadaan aku. Aku cuba mengawal amarah ketika bertanya pada N mengenai lelaki tersebut, dan memberitahu kepada N agar tidak lg berurusan dengan nya.
ku juga menyuruh N menyekat segala SOSMED yang mempunyai akses untuk mereka berhubung, malangnya N tidak mengendahkan permintaan aku, malah N mengatakan aku cemburu buta kerana mereka berurusan atas tiket perniagaan.
Aku hampir meng4muk kerana N tidak mahu mendengar kataku
untuk menyekat segala sosi4l media mengenai lelaki berkenaan. Malah N berkali-kali mengatakan mereka berhubung atas urusan perniagaan semata-mata.
Setelah didesak, barulah N akur dengan kata-kata ku. Aku terangkan pada N bait2 perkataan yang mereka gunakan untuk berurusan adalah tidak sesuai, apatah lg dengan kedudukan N yang telah bersuami.
Aku juga telah menasihati N agar menjadi adap sebagai seorang isteri, dan menjaga maruah suami apabila berurusan dengan org lain terutamanya lelaki. Malangnya sudah terlewat
aku telah menjadi org asing dimata N skrg, N juga sudah tidak menghormati aku lg sebagai seorang suami, dan N juga bertanyakan mengapa perlu untuk dia mengikut kata-kataku sebagai seorang suami.
Allahuakbar sungguh berat dugaan mu ya Allah mampukah aku untuk terus mempertahankan istana ini demi anak2 yang kian membesar. Kepada N yang kucintai, tiada apa yang aku pinta dari mu, cukuplah sekadar engkau menghormati ku sebagai seorang suami dan taat kepadaku.
Seandainya jodoh kita tidak berpanjangan, maafkan lah aku kerana gagal untuk menjadikan mu sebagai seorang isteri yang solehah, dan maafkanlah aku kerana tidak berjaya untuk menjadi seorang suami yang baik.