Isu Keluarga

Cerita nya husband saya kalau dengan saya memang baik tapi masalahnya kalau dia balik semua ke tempat asal dia da berjauh dgn saya dia tak reti pulak nk communicate dengan saya

Assalamualaikum admin. Tolong hide nama saya ye. Saya mula2 tak nak cerita. Tapi saya rasa curious nak tau ada tak orang senasib dengan saya. Saya baru berumahtangga.

Kadang2 saya give up sangat dengan kehidupan baru yang saya lalui ni. Tapi kadang2 pulak saya rasa saya ni tak bersyukur. Yelah, apa yang saya nak Allah makbulkan.

Nak kahwin, da dpt kahwin, nak ada anak cepat, da dapat (sekarang tengah pregnant alhamdulillah).
Saya duduk sorang. Pjj dengan husband. Family pun duduk jauh.

Cerita nya husband saya kalau dengan saya memang baik. Baik sgt dia layan saya. tapi kalau dia da balik semua ke tempat asal dia, da berjauh dgn saya, dia tak reti pulak nk communicate dengan saya.

Alasan busy kerja. Wasap jarang2. Call dan vc lagi la. Mmg ajaib betul kalau tiba2 dia call atau vc saya.

Satu lagi yang saya sedih min, dia selalu lambat jawab call saya kalau saya pulak yang contact dia. Pelik kan. Tak sampai lagi setahun kahwin, tak kan la dia tak ada rasa rindu nk bercakap dengan isteri dia hari2.

Online ig n fb boleh pulak. Kdg2 saya fikir dia betul sayang saya ke tidak. Sekarang ni tengah pregnant pun ingt dia berubah, samaa jugak.

Saya malas nk marah2 mcm sebelum ni jadi saya ambil inisiatif untuk ajar dia tanya keadaan saya hari2. Tapi sama juga min.

Ada satu benda yang saya kecil hati dengan dia (ada banyak tapi yang ni tak malu untuk saya share). Kalau dia balik jumpa saya, phone dia, dia tak silent. Saya pernah annoying sbb asyik bunyi phone dia kan.

Bila saya tnya kenapa masa tido pun tak nak silent. Dia kata, “ehh tak boleh.. kalau ada apa2 emergency macam mana.” Saya diam. Betul jgk tu.

Tapi min, ada sekali tu saya call dia, dia tak angkat2, lepas tu dia jawab rilek je sorry tak dengar phone silent. Allahuakbar. Saya sorang2 min duduk kt rumah ni.

Dia tak fikir ke kalau saya pulak emergency. Jatuh bilik air ke, accidnt ke. Kalau dia dgn saya risau pulak family call tak dengar kalau silent. Adil ke min? Sedih betul saya.

Patut la masa saya excited call dia 4am sebab nak bagitau dia saya buat test positif dia tak angkat.  Min tau tak bila dia call saya balik? Kul 11 pagi. 11 min. Tak ada dalam fikiran dia, eh bini aku call pepagi buta.

TAK pernah2 call mcm ni. Mesti hal penting ni. Tak ada ke risau dalam hati dia min? Ke saya je yang overthinking?
Saya tak de la wasap dia min bagitau result sbb nak bagitau dia through phone.

Ye la excited la kan. Anak first. Saya bajet lepas subuh ke dia call la balik, haghamm. Kul 11 baru call tu pun tanya ada apa mcm takde apa2 yang berlaku. Alasan sama. Terkejar2 nak pergi kerja. Busy.

Dia selalu tak puas hati kalau saya bising2 cakap saya tak faham dia. Memang kerja aku nak faham dia je ke min. Aku ni dia tak nak faham ke. Saya sunyi.

Saya nak ada kawan borak. Lepas kawen kan suami la kawan kita kan. Saya bukan mcm ppuan lain suka pendam2. Saya bagitau dia min. Saya bagitau dia satu2 apa saya nak.

Saya nak macam mana. Saya tak mintak banyak. Saya tau kerja dia macam mana. Cuma saya minta sikit masa dia dalam 24jam tu, call la saya.

Vc saya. Kalau dia tak rindu saya, saya rindu dia min. Rindu sangat. Dia tak rasa sebab dia duduk dengan family. Mana la letak saya ni dalam hati dia ye. Apa nilai saya kat mata dia. Memang ada ke lelaki/suami macam ni dalam dunia ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published.