Assalamualaikum wbt min. Mohon hide profil saya. Terima Kasih. Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 3 org ank, usia perkahwinan kami bru setahun 3 bulan.
Perkahwinan kali ke2 buat saya. Dan kali ke 3 buat suami sy. Suami sy mempunyai 1 orang anak hasil perkahwinan dia kali ke 2. Dan Perkahwinan kami dikurniakan 1 orang anak yang kini usia 6 bulan.
Saya bukan nak buka aib sesiapa tapi sekadar luahan hati. dan ingin mendapatkan nasihat yang positif untuk saya. Anak saya hasil perkahwinan dahulu ada 2 orang. Anak ke2 saya sebaya dengan anak suami saya iaitu usia 6 tahun.
Keduanya lelaki. Nak dijadikan cerita. Awal perkahwinan kami. Mek (Nenek Suami) pesan kat saya. Jangan sesekali pukul cicit dia. Saya iyakan jelah. Lama kelamaan kami duduk sebumbung dgn mentua (dsbkan baru kawen belum ada rumah sewa lagi) macam² terjadi.
Bagi belah keluarga suami saya. Suami saya adalah anak sulung. Dan anak suami saya juga merupakan cucu sulung buat tokma (mak suami).
Anak suami dibesarkan bersama bersama mereka sejak usia 1 tahun lagi disebabkan bekas isteri suami saya melarikan diri. Jadi suami saya besarkan nya..
Sejak saya tinggal bersama keluarga suami. Banyak perkara yang negatif terjadi sampai tahap mek nya sampai nak pukul anak saya (walaupun salah cicitnya).
Mereka memang manja sangat. Sampai umur ⁶ tahun masih belum reti nak makan nasi. Mandi kena orang mandikan. Pakai baju seluar pun tidak reti. Berak Dal Bilik air, pun tak reti nak basuh.
Yang paling teruk mereka biarkan dia makan Maggi 2 atau 3kali sehari tiap-tiap hari. Dan minum air bergas.. air masak memang langsung tak minum.
Disebabkan saya dah anggap dia macam anak saya juga. Saya cuba menghalang dia terus makan Maggi. Bila dia meminta saya memasak Maggi saya membantah. Saya pulak kena maki hamun nya.
Ummi vqbi Ummi gil0 Ummi anak h4njing. Dalam hati saya. Ya Allah budak ni. Saya terus ke dapur untuk hidangkan nasi. Makan bersama anak-anak saya. Dia menangis lalu pergi ke rumah mek dia.
Mek dia datang rumah dengan wajah marah. Saya tegur mek pun tidak endahkan saya. Lalu mek memasak maggi juga buat cicitnya.
Anak saya terliur dengan Maggi meminta dengan saya mahu sedikit pun meknya tidak peduli. Biasa la kan budak-budak suka Maggi tapi saya tidak ajar anak-anak saya amalkan makan Maggi selalu. Lalu Saya menasihati anak saya untuk tidak meminta lagi.
Hari demi hari. Mereka (anak suami dan anak saya) kerap bergaduh. Anak suami jenis anak emas. Ramai yang perajakan dia. Ikutkan apa je yang dia mahukan. Kalu tidak ikutkan memang kena maki hamun la jawabnya. Papa (suami saya) pun pernah kena maki hamun dgn anak nya.
Disebabkan kerap sangat bergaduh saya meminta untuk tinggal bersama keluarga saya buat seketika sementara dapat rumah sewa. Saya tidak tahan melihat anak-anak saya yang selalu kena Marah kat suami saya, mek suami saya.
Tika itu saya sudah mengandung. (Bunting pelamin). Chek up Klink kesihatan berdekatan kampung keluarga saya.
Anak anak saya pun. Saya daftarkan sekolah berdekatan dengan rumah keluarga saya. Suami saya ikutkan je. Macam kami ni PJJ. Walaupun jarak rumah mak suami dengan rumah abah saya 45minit sahaja. Masih dalam daerah yang sama.
Hari cuti sekolah sahaja saya berada kat rumah abah saya. Hari Jumaat Sabtu suami saya datang ambil saya ke rumah mak dia. Bermalam kat sana. Anak² saya kadang ikut kadang-kadang tidak mahu ikut.
Hari demi hari. Sampailah Saya bersalin (Hospital) dan berpantang kat rumah abah saya. Rezeki baby kot dapat rumah sewa..
Habis pantang saya kembali duduk bersama dengan suami dan anak anak. Maka bermula kisah benar yang terjadi dan saya dan anak-anak saya alami.
Disebabkan sudah berpindah area berdekatan dengan rumah mak mentua. Anggaran 20 minit rumah sewa ke rumah mak mentua saya. Saya pindahkan sekolah anak² saya. Dan daftarkan juga untuk anak suami saya. Sebelum ni anak suami belum pernah ke sekolah.
Mula² sek buka bulan 3 hari tu kan. Suami saya membantu dalam urusan persekolahan anak nya. Tetapi anak nya berkeras tidak mahu ke sekolah. Anak² saya tanpa dipaksa semangat nak ke sekolah.
Sejurus selepas itu. Keesokan saya cuba menghalang suami saya dari membantu anak nya. Biar anak nya berdikari. Sampai bila kita tidak mahu ajar anak berdikari. Mandi kena mandikan. Pakai baju seluar tidak pandai. Anak nya menangis. Wajah suami saya lain.
Bila saya menasihati anak nya yang berkelakuan tidak baik. Suka maki hamun wajah suami saya memang berubah. Dengan saya diamkan diri.
Nak dijadikan cerita bila anak saya dan anak suami saya bergaduh mesti Suami pukol anak saya disebabkan anak nya mengadu sampai lebam peha lengan telinga dicvbit kemerahan.
Tiap-tiap hari juga saya makan hati. Tiap kali mereka bergaduh mesti suami saya akan naik tangan kat anak saya. Berkata kasar kat anak saya ( MU ni j4hat, B0d0 ). Ya saya tahu anak saya nakal.
Biasa la budak-budak kan. Sedangkan adik beradik kandung pun bergaduh. Inikan pulak adik beradik tiri yang bru kenal.
Kami suami isteri kerap bergaduh disebabkan hal anak-anak sahaja. Sampai kan tahap saya hilang sabar. Saya minta suami saya lepaskan saya. Tapi suami saya tidak mahu lepaskan saya.
Tiap kali bergaduh. Saya luahkan perasaan yang saya pendam. Semua berkaitan anak. Pernah saya dengar. Suami saya berkata kat anak nya.
Jangan berkawan dengan anak saya sebab anak saya jahat. Allahu. Rasa macam tidak percaya je perkataan itu terkeluar dari mulut suami saya.
Kadang kadang saya penat dah nak hadap semua ini. Saya anggap anak suami saya macam anak saya sendiri. Apa yang anak saya dapat. Anak dia akan dapat.
Tapi tidak untuk suami saya. Dia belikan makan ke mainan ke belikan kat anak dia sahaja. Jauh disudut hati saya.. terasa bila anak² saya mula meminta. Kenapa papa tak belikan kat adik Abe Ummi.
Papa belikan kat anak papa je. Sampai satu tahap. Saya buntu nak jawab soalan dari anak saya. Saya hanya mampu menjawab nanti Ummi ada duit Ummi belikan ya anak.
Hari demi hari berlalu pergi. Bermacam macam yang terjadi. Kami kerap bergaduh. Time gaduh kami tidak bersemuka. Kami bergaduh melalui whatsapp.
Paling saya terasa sekali. Suami rela tidur dengan anak nya. Anak² saya. Saya sudah pisahkan tempat tidur. Tipu la anak saya tidak terasa dan menjadi tanda tanya. Kenapa dia tidur dengan papa. Kami kena tidur bilik. Saya cuba jelaskan bagi anak saya faham.
Dan saya tegaskan kat suami saya. Anak nya dah besar. Jangan jadikan dia seperti kecik lagi. Lalu suami saya ikutkan kata saya. Anak dia menangis tidak mahu.
Tiap kali nak tidur mesti tidurkan dahulu baru angkat masuk bilik. Bila dalam bilik. Suami saya hadapkan kipas kat anak dia je. Anak saya kepanasan. Begitu la tiap-tiap malam saya kena hadap. Bila suami dah lena baru saya betulkan kipas bagi semua kena.
Macam mana saya nak hadap hari seterusnya jika suami saya tidak berlaku adil dengan anak² saya. Sebelum kami berkahwin suami berjanji nak jaga anak saya macam anak dia sendiri. Tapi janji tinggal janji..
Tiap kali kami bergaduh tiap kali itu jugalah saya meminta dia untuk melepaskan saya. Saya sudah tidak tahan lagi untuk bersama dia.
Seksa zahir dan batin saya. Nafkah batin kadang² langsung tidak laksanakan. Paling lama suami tidak sentuh saya 5 bulan. Sampai saya ungkit semua isu itu ini.
Mintak suami saya fahami saya. Duit belanja apatah lagi memang tidak bagi. Saya tidak berkerja. Mengharapkan
Duit bantuan kerajaan bagi ( zaman ibu tunggal ). Bkm Bkc alhamdulillah. Saya tidak kemaskini. Mengharapkan duit itu saya boleh belikan apa jua anak anak saya ingin kan.
Duit perbelanjaan sekolah anak saya keluarkan duit simpanan anak saya. Pernah saya bagitahu. Saya nak kerja. Saya perlukan duit. Suami saya tidak izinkan disebabkan baby kami menyusu badan sepenuhnya.
Kehidupan alam rumah tangga kami tidak seindah rumah tangga orang lain. Terdetik jua hati ini. Kenapa saya tidak layak untuk bahagia seperti mana insan lain dapat.
Perkahwinan terdahulu gagal disebabkan orang ketiga muncul. Dugaan kali kedua pulak macam ni pula. Sampai bila saya harus bersabar dan terus bersabar.
Zaman saya jadi ibu tunggal. Saya bahagia dengan anak2 walaupun susah dari segi kewangan. Tapi lepas kawen makin banyak ujian dan dugaan datang bertandang. Allahu.
Oh ya. Lupa saya nak bagitau. Suami saya ada sakit psikiatri. Dan suami saya mengaku bahawa dia bukan orang yang normal. Boleh kah saya menuntut cerai dengan alasan suami saya tidak normal dan sakit.
Dan suami saya merupakan kali jvdi. Duit simpanan habiskan 2k dalam masa 1jam. Allahu . Lepas kejadian kalah judi dia minta maaf kepada saya dan berjanji tidak mahu ulangi lagi.
Tapi saya tidak percaya lalu saya tetapkan syarat. Cerai taklik. Andai dia main judi. Maka talak akan jatuh. Mulanya dia tidak setuju tapi saya berkeras dan dia bersetuju.
Mak mek dia pun bagitau dia kuat judi. Ada duit main judi. Bekas Isteri pertama kedua suami lari. Mungkin sebab tidak tahan dengan perangai nya.
Kehidupan kami kt rumah banyak mendiamkan diri dari bersembang. Kadang-kadang saya tanya benda ikut mood dia nak jawab.
Jadi saya tertanya dengan diri sendiri. Sampai bila saya kena hadap semua ni. Sian kat anak-anak saya. Langsung xmerasai kasih sayang dari papa tirinya. Dah la tidak merasai kasih sayang dari ayah kandung nya.
Hari raya hari tu pun. Saya salam minta maaf pun nak jawab macam tak nak jawab. Macam tidak ada kasih sayang kat saya. Apa yang saya nampak. Dia hanya sayangkan anak dia dan anak kami.
Lagi menyedihkan saya. Suami saya gagal belikan baju raya anak⁴. Saya keluarkan duit simpanan anak saya untuk belikan baju raya anak⁴. Dengan niat nanti Ummi ada duit. Ummi ganti balik.
Dan perkara paling saya sedih bila mek ( nenek suami ) belikan baju kat cicit dia yang usia 6 tahun tu je. Yg usia 6 bulan tidak beli. Abah dengan mak saya belikan baju raya kat anak dia juga. Sebab abah mak saya dah anggap anak suami itu seperti cucu nya jua.
Apa perlu saya buat supaya hati saya jadi keras ya. Tolong saya. Berikan saya nasihat.