Assalamualaikum. firstly aku nak bagitau aku ni isteri orang dan ada anak 5. Yang bongsu baru lahir Dec lalu.. 2 tahun lalu (2017) aku ada tersuka dengan sorang lelaki ni.
dia suami orang dan bekerja dalam sektor kerajaan aku gelar dia S. Laki aku keje biasa je.. Aku dan S pernah ada hubungan (dalam hp je) sebab S ni jenis takut bini. Dalam dia takut bini tu dia selalu bagitau dia kesiankn dekat bini dia sebab bantu dia cari rezeki.
Aku sakit hati min. aku jadi sakit hati dengan bini dia. Kenapa laki aku tak macam tu. di rumah tak pernah nak bantu.. kenapa S rajin bantu bini dia dekat rumah. Sampai aku terfikir nak buat dorang bercerai.
Masalahnya Haritu kami hampir terlanjur tapi S tinggalkn aku tiba2 Kemudian dia wasap aku dia taknak teruskan berwasap dengan aku. Aku ugvt dia nak bagi tau dengan bini dia sebab aku tau dia takut dengan bini dia. Then dia kalah dengan aku.
Esoknya tengahari dalam kami berwasap tu dia bagi tau lagi tak nak dah teruskan hubungan kami. Aku geram..aku benci dengan S sebab b0d0 sangat. Aku ugvt lagi. nak bagitau dengan bini dia.. then dia kata kalau nak bagitau pi bagitau la.
dia terima apa pun balasan dari bini dia. Tapi aku tak bagitau min. Entah maca mane bini dia dapat no tel aku ni.
Bini dia add suami aku di fb min. suami aku approve dah tapi aku pegi unfriend balik. Pastu bini dia call suami saya..dia nak bjumpa 4 mata tapi aku tak nak. Aku bukan b0d0.
Dekat seminggu bini dia kejar aku tapi aku tak pernah keluar rumah. Bini S bagi tau suami aku dia ada bukti semua conversation kami tapi aku putar balik cerita dengan suami aku Mujurla dia percaya dengan aku.
Aku katakan dengan suami aku yang bini S tu kuat cemburu. Lama juga pompuan tu melalak di fb dia. Then senyap sampai lah sekarang. Masalah aku sekarang. bila aku sendirian aku selalu teringat dengan S. Dia baik sgt min.
Dengan aku yang masih dalam pantang dah buat semua benda di rumah. Anak 4 yang masih sekolah rendah aku sangat penat.
Andailah aku ni isteri S sudah tentu S akan bantu aku di rumah selama aku berpantang. Sebagaimana dia cerita kepada aku dulu masa dia jaga isterinya semasa dalam pantang.