Isu Keluarga

Masalahnya suami mula terasa apabila adiknya cakap nak renovate rumah tapi mak mereka tak ade tempat nak tinggal.

Aslmkm min. Saya nak tanya pendapat. Saya dah buntu tak tahu nak buat macam mana lagi. Family suami saya punya adik beradik tak berapa rapat. Suami saya anak sulung.

Memang sebelum kawin lagi adik beradik dia tak berapa rapat dengan abangnya.. Suami saya ni keras kepala, pendiam dan suka memendam perasaan.. Walaupon dia buat hal sendiri sekurang2nya dia ambil berat juga dekat adik beradiknya.. Bila adik beradik dia susah dia cari abgnya.

kadang suami tolong mana yang mampu. Sblm ni mak mertua ddk dengan adik ipar saya. kadang ada masa bru kami melawat mak. kami ddk jauh. Kalau tak berkesempatan akan tanya khabar melalui call/ video wasap.

Masalahnya suami mula terasa apabila adiknya cakap nak renovate rumah tapi mak mereka tak ade tempat nak tinggal. Cara adiknya ckp seperti  takmahu maknya ddk dkt situ.

Suami terasa cara adiknya ckp sperti nak menghalau mak/taknak jaga maknya lg. Adik beradik suami yang lain masing2 ddk tmpt lain. Ada yang ddk dengan mertua. Ada yang bujang sewa rumah  skli dengan kwn..

Suami saya ddk dengan family saya skli. Rumah pon takbesar mana. bilik kami pon tak kecik tak besar.. Saya takkesah mertua ddk skli dengan saya, cuma bilik kami kecik risau dia takselesa..
Klau blh kami pon nak jaga mak.. Tpi apakan daya dia pun ddk dengan family saya..

Sblm tu kami ada bincang dengan family saya utk bawak mak mertua ddk skli dengan kami. Alhamdulillah..family saya terima keputusan dengan tangan yang terbuka..

Suami nekad bawa maknya ddk dengan kami. Walaupun bilik kami taksebesar mana cukuplah blh jaga mkn minum maknya. Semenjak tulah suami pesan dkt saya jgn jejakkan kaki lg dkt rumah adik dia.. Dia marah dengan adik2nya.. Tpi dia takckp depan2 dengan adiknya.

Suami hnya meluah dengan saya. bila adiknya berbual dengan suami, suami hnya diam je. Dia risau bila dia bersuara akan jadi gaduh dengan adiknya.. Yang adiknya apa2 akan tnya saya..  Ada masa tu saya tnya adik ipar npe takterus tnya abgnya.

jwpanya hnya diam membisu. saya buntu. klau blh saya nak adik beradik dia berdamai. Sekarang mak mertua dh takddk dengan kami lg. mak mertua ddk dengan nenek dengan makciknya.

Ada suatu hari mak dtg rumah adiknya. tinggal sekejap dlm bberapa hari. Aaya ajak suami ke sana utk lihat maknya. Tapi suami berkeras taknak kesana.xdia ckp smpai m4ti taknak g sana. saya pujuk sepuasnya2 utk jmpe mak depan mata.

Akhirnya suami akur. pergi kerumah adiknya tpi ddk luar takmasuk dlm, hnya saya je yang masuk dlm jmpe adik dengan maknya. mak mertua pon faham dengan keadaan suami. mak keluar jmpe suami.

Suami mmg sayag sangat maknya. Tapi apakan daya dengan adiknya dia jadi bisu jadi diam. Ayah mertua saya dh lama meningg4l. Kubur ayah mertua dkt dengan rumah adik beradiknya yang lain. Biasa klau ada masa suami akan melawat kubur..

Bila ke kubur suami lihat kubur ayah takdibersihkan. padahal rumah mereka dkt. Kami tinggal jauh. Suami yang bersihkan sambil suami cakap ada adik beradik pun takblh harap. suami takmeluah dkt adik beradiknya yang lain. hnya meluah dkt saya.

Saya buntu min, jikalau saya kasitahu adik beradik yang lain mereka akan terasa. apa perlu saya buat. kadang2 saya fikir, masing2 ada ego. tpi sebagai adik beradik yang lain takkan takde cara blh bt mereka berdamai.

masing2 bt hal sendiri.. sebagai adik hormatilah abgnya. Ambil insiatif berbaik dengan abgnya. skrg kn dh blh wasap call smua. Saya dh kasi nombor suami saya dkt adik2nya takkan takblh call tnya ke.

kadang2 risau saya sebagai org luar masuk cmpur hal adik beradik mereka. saya buntu. mohon pendapat smua.. Terima kasih min.

Leave a Reply

Your email address will not be published.