Isu Keluarga

Sampai 1 masa bekas kekasih aku ex H yang suda lama terputus hubungan telah menghubungi aku semula

Salam min. Aku nie Siti, Aku ni isteri ke 2. Suami aku sekarang sorang pesara kerajaan. Hidup sorang isteri no 2 nie tak mudah min..

Dia d sana Kedah, isteri dia d Selangor bersama anak2 nya dan aku pula di S4rawak. Kami jarang berjumpa melainkan kami pergi bercuti2, ya memang kami selalu bercuti2 ke luar negara, setahun sampai 4 kali ke luar negara.

Min tahu kan, kedudukan sorang isteri d sisi suami bukan d simpan jauh2. Memandangkan ibu nya suda tahu kehadiran ku. aku nak la duduk dengan dia d Kedah bersama dia dan bersama ibunya.

Tapi dia bagi bnyak alasan. Aku nie min bukan jenis yang tak tahu bersyukur, tapi sampai bila dia nak simpan aku jauh2, aku nak juga hidup bahagia macam orang lain ada suami depan mata.. ada suami teman bercerita teman berjalan… ada suami time susah, ada suami time sakit…Tapi dia masih bnyak alasan…

Sampai 1 masa bekas kekasih aku ex H yang suda lama terputus hubungan telah menghubungi aku semula.. Mr H adalah my 1st bf. Sebenarnya nie bukan kali pertama Mr.

H cuba mencari ku. Dulu pun pernah dia add aku d FB tp aku blcok dia dan dia pernah minta contact no ku dari kakak ku. kakak ku bagi saja la nombor ku sebab kawan sekampung kan..

Bila c Mr H cuba call aku, dia cakap nama nya Mr H, terus aku block call dia. Hingga beberapa tahun mendatang..

Baru2 nie kazen ku kawin dan kakak ku post gambar kami d fb, c Mr H komen la gambr tue dengan kata2 pujian dan lepas kejadian tue dia rajin komen2 gambar kakak ku kalau aku ada dalam gambar tue.

Bermula la episod kecurangan tanpa sedar. my bday on december. aku terasa nak meseg dia, bila aku buka mesenger nak pm dia, rupanya dia ada pm aku terlebih dahulu cuma aku tak perasaan. (bermaksud aku pun ada rasa yang sama).

Kami berbls2 msg, hingga dia pernah call aku sampai 2 jam, ya la 23 tahun tak dengar khabar berita..
Rupanya selama ini dia mengikuti semua perkembagan q d FB (mungkin dia buat fb baru)..

Dlm perbualan kami, aku selalu menipu sebab aku taknak dia tahu privasi ku tp dia tahu semua itu adalah tipu. Akhirnya kami membuat keputusan untuk berjumpa.

Sepatut nya dia mau jumpa aku on March tp tercepat pula. Kami berjumpa pada cuti baru2 nie. dia pandai membuat aku gembira dgn cara layanannya… dalam masa yang sama “i fall in love again with same person”
Biasala kan.

orang tgh hangat bercinta la katakan. Semua indah. semua smpurna.
Aku jadi sangat2 syang dgn dia. semakin hari semakin sayang. Semakin cinta hingga membawa hubungan ke atas r4nj4ng.

  hari2 kami sgt happy, dia VC aku setiap pagi , dia call aku setiap breaktime dia.. tapi kan min. dia ada isteri dan ada ank. dia sayang family dia. Aku tak tau mau buat apa skrg nie sebab family dia adalah keutamaanya..

Aku pernah tanya dia kalau dia sayang familynya kenapa dia curang dia cakap ada yang tak ada di rumahnya dan dia happy dengan aku jadi aku serba salah sekarang nie..

Aku memang sayang dia tapi aku tak boleh terima bila aku bukan keutamaaannya. Hingga 1 tahap, aku sgt cemburu. hampir setiap hari aku menangis… kami pernah bergaduh sekali…

tp akhirnya aku mengalah sebab masih syang… dan kami ada plan untuk berjumpa lagi. Aku tau apa yang patut aku buat. Tapi aku da tak syang suami aku, dia suda membiarkan aku berdikari sendiri selama 5 tahun.

siang aku bekerja, mlm aku berniaga.. kreta duit mkn semua aku cari sendiri, suami ku hanya bagi aku rm400 sebulan untuk byr utilitis yang lain…

Ada ka patut aku terus stay dgn suami yang tak memerlukan aku? Tapi aku pun tak patut untk jadi isteri kedua untuk kali kedua. Kalau aku tanya hati ku, aku akan memilih Mr H sebab dia yang bisa membahagiakan aku.

terus terang min… Mr H memang lain dari yang lain. aku sgt2 bahagia bila bersama dia sebab dia cuba penuhi segala keinginan ku dan apa saja yang bisa buat aku bahagia dan kami selalu bercerita kisah dulu2 kami d kampung. kami banyak persamaan…

kadang tengok dari jauh kami dah ketawa sebab aku tau apa maksudnya. dia sgt2 ambil berat semua tentang aku. Cuma aku tak sanggup min…

aku tak sanggup memikirkan dia bila dia bersama dengan isterinya dan tak menghubungi aku. Aku sgt sakit hingga aku boleh menagis setiap hari.. Dengan keadaan ku yang hina ini, aku solat setiap hari

Dalam sujud ku, aku meminta pada Allah..Ya Allah, ko berikanlah aku ke bahagiaan, Ko izinkan aku hidup bahagia bersama orang yang aku syang dn dia syang aku..

Ko permudahkan segala urusan q ya Allah Ko berikanlah yang terbaik untuk q. Mgkn min tak pernah tgk orang solat sambil menangis tp itu la yang terjadi pd diri q setiap kali aku solat hingga hari ini.

Hingga tersara kering air mata ini.
Benar ka kata orang syang tak semestinya memiliki? Pada para natizen… tolong jgn kecam aku tapi bagi la aku nasihat.. Aku akan baca semua komen2 natizen. Tq all..Tq min. Maafkan aku… sebab aku tak ada tmpt nak mengadu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.