Assalamualaikum. Admin tlg hide profile saya. Saya nak minta pendapat kawan2. Adakah saya patut bercerai atau stay dlm rumahtangga saya. Saya dah kahwin 10 tahun. Nikah pada Dis 2011. Dikurniakan 3 anak. Tapi masa awal perkahwinan kami PJJ. Saya di Selangor dia di Kel4nt4n.
Tahun 2013 saya prgnt anak pertama. Pada pertengah tahun (masa tu kandungan dah cecah 5-6 bulan), suami ada balik ke selangor jumpa saya. saya terjumpa simcard lain dlm poket seluar suami. Bila sy buka simcard penuh perbualan luc4h suami dgn perempuan lain (msg tu perbualan sekitar tahun 2012) .
Hancur luluh hati sya masa tu, dah la tengah prgnt. stressnya Allah sahaja yg tahu.. sy call pjbt agama/mahkamah, dorg kata prgnt tak boleh bercerai. Suami tak henti pujuk & minta maaf. Akhirnya saya maafkan since perempuan tu pun dah bertunang & dah nak kahwin. maksudnya dorg dah berpisah la.. Hujung 2013 saya bersalin, semua nampak baik2 sahaja..
Tahun 2014 suami dapat ditukarkan selangor. Berakhir la penderitaan saya. Suami pula mula dalami ilmu agama.. saya suka sgt. Namun tidak berpanjangan.. hujung tahun 2014 suami mula kerap balik kampung dia tanpa saya & anak..
dia suka balik sorg2 dgn alasan urusan keje & alasan sekejab sahaja.. Pada Dis 2014 suami ada pergi ke perak urusan ilmu agama katanya. Tak balik 4 hari. Nak call pun susah dapat. Tapi sy fikir suami kite nak belajar agama, nak complain apa lagi kan.
Masalahnya april 2015 saya prgnt anak no 2 Gembira sangat masa tu tapi beberapa minggu kemudian saya dapat tahu suami dah nikah lain pada Dis 2014. Mereka bernikah di thailand.
Allahuakhar. sekali lagi saya diuji ketika prgnt. saya sampai tahap nak mengvgvrkan kandung sbb terlalu stress. Alasan nikah sbb ppn tu sakit dia nak bantu. Ibu ayah ppn tu abaikan dia.. ppn tu baru umur 19thn, berani ikut lelaki & bernikah di th4iland..
mungkin ada apa2 yg dijanjikan suami.. kali ini sy surrender, sy nak lepaskan suami dgn ppn tu.. sbb ppn tu org baik2, dia pakai niqab. Tak macam saya.. lagipun ppn tu sakit dia lagi memerlukan suami. Dan alasan paling tepat suami mungkin dah jumpa wanita lebih baik dari saya lepas bljr ilmu agama.
Dalam proses saya nak ke pjbt agama, suami menceraikan isteri dia melalui whatapp sbb dia kata kebahagian dia dgn sy dan anak.. ppn tu dia nikah sbb nak bantu je.
Saya maafkan dia sekali lagi. Saya rasa bersalah dgn ppn tu tapi saya xmampu hidup bermadu.. awalnya sy yg tawar diri utk diceraikan.. tpi suami pilih ceraikan isteri no 2 dia. 2015 hujung tahun saya bersalin.
Tahun 2016 saya sambung bljr secara PJJ. Saya agak busy.. Jumpa pula suami gambar berdua dgn ppn lain, dia panic juga awalnya… tapi dia jelaskan tu kawan tmpt keje dan saya xjumpa pula msg pelik. Jadi saya xambil berat sangat.
2017 saya prgnt anak ke tiga.. masa ni mmg takut je klu sejarah berulang.. tapi sy redha dah prgnt kan.. xkan nak buang. Sangkaan saya tepat!! masa kandungan masuk 7 bulan ada seorg lelaki msg sy bgth suami saya ggu isteri dia..
saya baca semua msg tersebut.. suami seolah2 ajak isteri org tu “bersama”. Lelaki tu buat report polis. Tapi kes selesai tepi mcm tu je. Saya sekali lagi hancur hati berderai xtau nak kata apa lagi .
Suami merayu2 minta maaf menangis mcm org gil4.. saya tak tau nak buat apa. Family pujuk suruh bagi peluang terakhir. Jika lepas ni berlaku lagi angkat kaki. 3 hari saya balik kg dan fikir dalam2. Banyak benda saya pertimbangkan untuk bercerai.
Dan saya setuju ini adalah peluang TERAKHIR. Dia berjanji tidak akan ulangi lagi. Selepas berbaik, Sepanjang tahun 2017-2019 suami baik2 sahaja. Kami macam keluarga bahagialah. Suami hari2 balik, call bila2 masa pun xda masalah jawab. Tidak seperti sebelum ini. Cuma suami lebih rajin bekerja. KalAU boleh setiap hari nak pergi pejabat..
Tahun 2020. PKP. Semuanya terbongkar sekali lagi. SEKALI LAGI DAN LEBIH TERUK. Rupanya since tahun 2017 dia ada hp lain yang di simpan dipejabat. Dia xkan bawa balik hp tu. Bila dah pkp, dia dah jarang pergi pejbt jadi hp tu dia kene bawa balik.
1 Jun kantoi saya jumpa hp tersebut yang di simpan bawah seat motor. Allahuakbar.. saya jumpa lagi dasyat dari msg lucah yang saya pernah jumpa tahun 2013 dulu.. LAGI DASYAT!!!.
Kali ini saya nekad. Saya pergi turun naik mahkamah untuk bercerai. Sehingga kini belum selesai. Dia berkeras tidak akan ceraikan saya. Betina tu? Mcm sampah la kene tinggal terkontang kanting.. tapi itu urusan dia..
urusan saya, saya tetap nak bercerai. Tiada lagi peluang nak diberikan. Lepas dah kantoi ni perangai dia mula baran. Bila saya sebut pasal cerai dia akan mengamuk pecahkan barang rumah. Hampir juga saya dipukul.
Makian xpayah cakap la..berbakul2. Saya tertekan mental & emosi. Sampai tahap sy ke klnik ambil ubat penenang. Menangis depan Dr.. malu xyah cakap la.
Julai 2021 saya nekad keluar rumah sbb xmampu bertahan. Saya tertekan.. sangat2 tertekan. Saya menyewa dirumah lain bagi mengelakkan perkara yg tidak dingini.
Sepanjang saya keluar rumah suami nampak berubah. Dah kembali solat, jaga Bahasa, kurang makian, beri hadiah macam2. Layanan pada anak2 juga semakin baik (dia kerap datang kerumah baru saya).
Dia kata xkan lepaskan saya. Dia akan gila kalau tiada saya dan anak2. Dia ada buat Sumpah laknat dan taklik untuk menyakinkan saya. Sumpahnya berbunyi begini “Aku bersumpah tidak akan menduakan kau, tidak akan berzina dan bernikah lagi tanpa izin. Jika berlaku aku akan dil4kn4t Allah swt dan akan jatuh talak pada aku.” (sambal memegang AlQuran).
Air muka dia nampak macam bersungguh2 nak bertaubat. Ank2 pula nak ayahnya tapi nak tinggal bersama saya. Anak2 xnak kami berpisah.. Skrg saya xtau perlu teruskan perceraian (naik mahkamah jun 2022) atau beri dia SEKALI LAGI PELUANG.
Hati saya mmg dah tawar. Tapi byk benda nak fikir klu bercerai.. takut nak hidup sebagai ibu tunggal pun ye. Kawan2 pejabat mesti gelakkan. Tgk suami pulak mcm dah menyesal sungguh.. tapi saya xnak silap lagi kali ini..bantu saya