Isu Keluarga

Dipendekkan cerita Kami berkenalan sejak di universiti tapi suami saya pada awalnya sukakan kawan baik saya

Assalamualaikum semua. Hai admin. Saya terpaksa guna fake acc supaya dapat meluah tanpa dikenali. Saya dah 6 tahun berkahwin & Alhamdulillah sepanjang perkahwinan saya bahagia. Dari awal pernikahan, suami tak punya apa2.

Alhamdulillah sekarang kami boleh dikatakan hidup agak mewah. Rumah banglo, sports car, superbike, holiday di luar negara, itu lifestyle kami sekarang. Bukan niat bermegah, cuma nak beri gambaran jelas tentang cerita saya ini. Tapi, saya bukan lah pilihan pertama suami.

Dipendekkan cerita Kami berkenalan sejak di universiti tapi suami saya pada awalnya sukakan kawan baik saya. Tapi, kawan baik saya tak melayan & “couple” dengan lelaki lain. Selepas di reject, baru suami mula rapat dengan saya.

Saya tak pasti suami saya betul2 sudah tak ada perasaan kepada kawan saya atau tak sebab sewaktu kawan saya bernikah, kami hadir. Tapi suami saya duduk jauh seorang diri semasa akad nikah berlangsung.

Waktu itu saya & suami belum berkahwin. Dipendekkan cerita, sudah hampir 10 tahun saya tak berjumpa kawan saya sebab masing2 sibuk dengan komitmen sendiri.

Kisahnya baru2 ini kami buat rumah terbuka & suami jemput kawan saya. Memang mereka ada berhubung sebab kawan saya ada bisnes & dia kerap hantar info tentang bisnesnya kepada suami saya tapi tak kepada saya. Kenapa? Saya sendiri pon tak tahu.

Saya tak ambil kisah sangat sebab saya percayakan suami saya. Memang sepanjang perkahwinan, dia tak pernah curang, or at least saya tak pernah nampak tanda2 curang padanya.

Tapi entah kenapa, selepas berjumpa semula kawan baik saya semasa open house, hati saya tak tenang hingga bermimpi suami saya curang dengannya. Saya tahu mimpi cuma mainan tidur.

Saya cuma perlukan tempat untuk meluah tanpa membuka aib sesiapa. Mohon semua doakan agar perkahwinan saya baik2 saja. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *